berita

Hospital Respon Dakwaan Kaki Anak Bengkak & Menggelembung Selepas Pembedahan

November 14th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam seorang individu telah memuat naik status mendakwa kecuaian pihak hospital telah menyebabkan kaki cucu membengkak. Dakwanya, kaki cucu sulungnya itu menjadi bengkak dan menggelembung selepas mendapat rawatan di sebuah hospital.

Menerusi laporan Kosmo!, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah memberikan rawatan sewajarnya dan satu perjumpaan bersama ahli keluarga telah dibuat untuk menjelaskan keadaan.

Dakwa pihak hospital cuai

Menerusi sebuah komen di Facebook, ibu bayi tersebut mendakwa doktor tersilap memasukkan ‘line’ ketika proses menambah darah selepas pembedahan hernia.

Hospital sudah beri rawatan sewajarnya

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah walaubagaimanapun memberitahu pihak hospital telah memberikan rawatan sewajarnya.

JKNPP ingin merujuk kepada kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Abdul Ghani hari ini (semalam) mengenai kecuaian pihak hospital memberi rawatan kepada cucu beliau dan pihak hospital telah mengambil maklum mengenai isu tersebut.

Kami juga memahami situasi yang dihadapi oleh keluarga pesakit dan telah mengadakan pertemuan hari ini (semalam) bagi memberi penjelasan kepada mereka.

Pihak waris juga boleh berhubung terus dengan pihak jabatan yang merawat pesakit atau pihak pengurusan hospital sekiranya terdapat kemusykilan.

Tambahnya lagi, keadaan bayi tersebut kini dalam keadaan stabil dan sedang dipantau. Pihak waris juga boleh berhubung terus dengan pihak hospital sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan anak.

Beliau juga berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai isu ini. Pihaknya amat komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk masyarakat.

Sumber : Kosmo! Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×