berita

Kaki ‘Cantik’ Mungkin Dicabut & Dipatahkan Oleh Pelaku, Gadis Sedih Kucing Kesayangan Ditemui Mati

February 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang gadis yang dikenali sebagai Mur Salina berkongsi kisah sedih apabila kucing kesayangannya ditemui mati tanpa empat kaki. Lebih menyedihkan, kucingnya yang diberi nama ‘Cantik’ itu kini sedang bunting.

Menerusi laporan Harian Metro, ‘Cantik’ dipercayai didera oleh individu yang tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan. Kejamnya!

Sedih mati dalam keadaan sebegitu

Saya sedih melihatnya mati dalam keadaan sebegitu dan tidak sangka masih ada individu yang tergamak membunuh haiwan dengan kejam.

Menurut Mur Salina, bangkai kucing kesayangannya itu ditemui di dalam sebuah kotak yang ditutup dengan surat khabar. Tambahnya, kotak tersebut diletakkan di belakang kereta milik bapa saudaranya, semalam. Menurut bapa saudara Mur Salina iaitu Lukman, dia menemui bangkai berkenaan terlebih dahulu sebelum menghubungi anak saudaranya bagi memaklumkan berita sedih itu.

Saya dihubungi pak cik kira-kira jam 1 tengah hari semalam iaitu ketika waktu rehat dan baru hendak keluar untuk makan. Pak cik memberitahu keadaan Cantik dan tanpa berlengah, saya terus bergegas pulang ke rumah .Menggigil badan saya sewaktu melihat bangkai Cantik dan hanya mampu menangis kerana Cantik mati dalam keadaan bunting dan menunggu masa untuk melahirkan anak.

Berdasarkan pemerhatian saya, ada kemungkinan kaki Cantik dicabut dan dipatahkan oleh pelaku, bukan dikerat dengan peralatan tajam. Lebih menyedihkan apabila terdapat najis terkeluar kesan menahan sakit teramat dan keadaan itu menunjukkannya seperti didera sewaktu masih bernyawa lagi.

Ujar Mur Salina lagi, dia tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan dan kesakitan dirasai Cantik ketika diperlakukan sebegitu.

Jaga sejak tahun 2019 lagi

Selain Cantik, saya sekeluarga ada memelihara lima kucing lain dan memang ada melepaskannya berkeliaran di dalam dan sekitar rumah. Cuma, Cantik selalunya duduk di atas kereta pak cik dan tidak berkeliaran. Itu sebabnya saya terkejut apabila Cantik mati dalam keadaan sebegitu dan apa pun alasannya bukan tiket untuk pelaku bertindak kejam kerana haiwan tidak berakal dan sepatutnya dilindungi.

Mur turut memberitahu bahawa dia menjaga ‘Cantik’ sejak berusia setahun enam bulan lagi iaitu pada tahun 2019. Selain ‘Cantik’, dia dan keluarga turut memelihara lima ekor kucing yang lain dan mereka sememangnya melepaskan kesemua kucing tersebut untuk berkeliaran di dalam dan sekitar rumah. Cuma, ‘Cantik’ selalunya duduk di atas kereta pak ciknya itu dan tidak berkeliaran. Itu sebabnya mereka semua terkejut apabila ‘Cantik’ ditemui mati dalam keadaan sebegitu.

Sebenarnya, ayah enggan saya memperbesarkan hal ini tetapi saya tekad membuat laporan demi keselamatan keluarga kami. Ini kerana saya bimbang jika pelaku berkenaan cuba memberi isyarat tidak baik dengan cara membunuh Cantik.

Jelasnya lagi, mereka turut membuat laporan di Balai Polis Gombak berikutan kematian kucingnya itu. Pada masa yang sama, mereka turut bimbang sekiranya pelaku berkenaan memberi isyarat tidak baik buat mereka sekeluarga.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×