Kehidupan seorang doktor pelatih di Kolkata, India berakhir tragis apabila dia dibunuh dan dirogol pada 9 Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: Cikgu Bahasa Mati Gantung Diri Di Flyover, Surat Terakhir Bongkar Pernah Dibuli..Dipaksa Minum Air Kencing
Dibunuh selepas kerja tanpa henti
Memetik laporan portal Hindi Patrika, mendiang yang dikenali sebagai Dr. Moumita Debnath dilaporkan pergi ke bilik seminar di hospital tempatnya bekerja untuk berehat selepas bekerja selama 36 jam tanpa henti.
Walau bagaimanapun dia dilaporkan hilang oleh rakan sekerjanya selepas beberapa jam ke bilik seminar tersebut.
Selepas pencarian dilakukan, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Moumita yang terbaring di sebuah bilik seminar dalam keadaan terkulai layu dan tidak bernyawa.
Berdasarkan bedah siasat yang dibuat ke atas mayat Moumita, doktor muda yang baru berusia 31 tahun itu didapati mati akibat dirogol dan dicekik di bahagian leher.
Dibunuh dengan ganas
Lebih memilukan, mayat Moumita ditemui dalam keadaan yang penuh dengan luka dan kesan gigitan beberapa orang manusia.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kecederaan lain yang menggambarkan doktor muda ini dibunuh dalam keadaan yang begitu ganas.
Antara kecederaan yang dialami Moumita termasuklah mata berdarah, patah pada bahagian jari, pendarahan yang teruk pada bahagian kemaluan, kakinya dikepak 90 darjah dan berlakunya kecederaan parah pada bahagian muka, mulut dan juga perut.
Bukan itu sahaja, sebanyak 150mg air mani juga ditemukan di dalam tubuh badannya di mana hanya 10mg air mani sahaja yang mampu dihasilkan oleh seorang lelaki.
Pihak polis kemudiannya menahan seorang lelaki yang dipercayai merupakan suspek utama bagi kejadian ini selepas menjumpai ‘headset’ milik suspek di tempat kejadian.
Suspek yang bekerja sebagai sukarelawan bagi pasukan polis di Kolkata mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut namun dipertahankan ibunya.
Protes seluruh India
Sementara itu, kes pembunuh Moumita ini pastinya membangkitkan kemarahan rakyat di Kolkata dengan ribuan daripadanya melakukan protes berarak di jalan raya.
Memetik laporan BBC, perarakan itu dibuat bukan sahaja sebagai protes bagi menuntut keadilan kepada kejadian yang menimpa Moumita malah turut menyampaikan mesej terhadap isu keganasan yang kronik terhadap wanita di negara tersebut.
Kejadian itu bukan sahaja membangkitkan kemarah rakyat biasa malah doktor turut melakukan demonstrasi serta mogok dengan cara menghentikan perkhidmatan mereka buat agensi perubatan kerajaan.
Begitu ramai orang berada di sini untuk mengambil bahagian dalam protes. Rasanya seperti harapan sedang dinyalakan semula.
Kami memperhebatkan bantahan kami untuk menuntut keadilan untuk rakan sekerja kami. Kami mahukan keadilan.
Sumber: Hindi Patrika, BBC