Kes jenayah yang membabitkan pembunuhan seringkali berlaku tanpa kita sedari. Golongan tidak bertanggungjawab ini sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan dan kepentingan diri.
Begitulah nasib yang menimpa seorang kanak-kanak berusia 12 tahun apabila dia dibunuh dengan kejam oleh teman lelaki ibunya. Kejadian ngeri ini dipercayai berlaku di Kampung Baru, Kamunting Perak sekitar Oktober tahun 1999.
Kepala terbenan dalam tangki najis
Polis terima laporan kejadian
Menerusi perkongsian tersebut, Sir Kamarul memaklumkan insiden kejam itu disedari oleh seorang saksi yang melihat satu mayat berada di belakang sebuah rumah. Saksi kemudian melaporkan kepada pihak polis. Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis menemui kaki manusia dan kepala berada di dalam tangki najis.
Mangsa keluarkan bahasa kasar
Menurut sumber, mayat tersebut dijumpai di rumah yang didiami seorang wanita bersama 3 anak orang anaknya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa merupakan anak perempuan wanita berkenaan. Difahamkan, kejadian ngeri itu berlaku semasa mangsa yang berusia 12 tahun itu baru pulang dari rumah dan ketika itu dia ditegur oleh teman lelaki ibunya. Mangsa kemudian menjawab dengan nada yang kasar sehingga membuatkan lelaki berkenaan (suspek) hilang sabar dan mula ‘naik tangan’ terhadap mangsa.
Pergelutan berlaku
Suspek kemudian mengambil kayu kecil dan memukul mangsa sebanyak 2 kali. Ketika pergelutan itu berlaku, ibu mangsa yang berada di rumah berkenaan sedar dan melihat kejadian tersebut tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Selepas mangsa pengsan, suspek membawa mangsa ke sebuah rumah kosong. Dia menyangka mangsa hanyalah pengsan tetapi sangkaannya itu tidak benar sama sekali. Suspek kemudian memasukkan mangsa ke dalam tangki najis.
Mangsa dimasukkan dalam tangki najis
Ingin menutup tindakan kejamnya, suspek membuat keputusan untuk melarikan diri bersama ibu mangsa ke Pulau Pinang. Suspek kemudian ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Menurut suspek, dia tidak berniat untuk membunuh mangsa dan tidak menyangka mangsa akan mati dengan hanya 2 kali pukulan.
Pukulan kena tepat pada dahi mangsa
Kematian mangsa adalah disebabkan trauma tumpul. Mangsa telah dipukul di bahagian dahi sehingga mendatangkan kecederaan parah sehingga mangsa meninggal dunia.
Mangsa dipukul kuat
Suspek kena gantung sampai mati
Ibu kandung dianggap bersubahat
Sumber: Sir Kamarul