Di Facebook, Adibah Noor menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan taktik penipuan pihak “Instagram” jika mereka menghantar email perlu melakukan pengesahan akaun.
Menurutnya, akaun Instagramnya telah digodam oleh pihak yang tak bertanggungjawab selepas mengikut kesemua arahan yang diminta.
I hope you are happy
Kalau ada pihak “instagram” suruh buat verification bagai jangan percaya. Menipu jer. Now my instgram akaun adibah_noor dah disimpan deme. Bila tak buat “verification” deme akan ugut nak tutup akaun within 24 hours la apa la. So you pun kelam kabut la buat apa yang disuruh. Tukar password banyak kali. Bagi verification code (yeah i was THAT gullible). Last sampai your email pun yang connected to your ig deme tukor. So, cut story short my new ig account is adibahnoormohdomar. In case u nak follow.
Menurut Adibah, dia telah menerima email dari pihak Instagram di mana dia pelu melakukan pengesahan. Jika dia tidak melakukan perkara tersebut dalam masa 24 jam, akaun Instagramnya akan ditutup. Risau akan perkara tersebut, penyanyi ‘Terlalu Istimewa’ ini mengikut kehendak pihak tersebut. Namun, sebaik sahaja melakukan pengesahan dan mengubah kata laluan, akaun Instagramnya dipercayai sudah digodam dan hilang.
Make me pay for it?
Tambah Adibah, pihak tersebut turut bertanya sama ada dia mahukan akaun tersebut semula. Sedar akan taktik penipuan yang dilakukan, Adibah turut bertanya adakah dia perlu membayar untuk mendapatkan akaun itu semula.
Terbaru, dia telah membuka satu akaun Instagram yang baru buat para peminat yang ingin mengikuti perkembangannya.
Sumber: Adibah Noor