berita

Kalau Ada Peluang Jaga Anak Rebutlah – Isu Anak Diikat Di Tadika, Teguran Wanita Ini Buat Kaum Ibu

January 21st, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

dpaa

Baru baru ini menjadi viral sekeping gambar anak-anak di pusat asuhan diikat. Gambar ini mendapat perhatian netizen apabila rata rata menganggap perkara itu tidak prikemanusian. Memang kejam betul! Sampainya hati dorang buat anak kecil macam tu..

Bayangkan kalau perkara itu terjadi pada anak sendiri? Memang sedih…Seperti yang dikongsi wanita ini di laman Facebook miliknya. Memang betul susah nak cari tadika yang ikhlas menjaga anak kita :'(

Bukan senang pilih taska yang takutkan Allah

Biar gambar berbicara.

Ini pendapat saya.

1. Tiada sesiapa sayang anak kita selain kita. Kalau ibubapa sendiri pun ada yang tak sayang anak dia sendiri, boleh bayangkan orang lain.
2. Bila kita memilih hantar anak kepada orang, kita sebenarnya menghantar nyawa anak kita sekali
3. Nak pilih pengusaha taska yang benar2 takutkan Allah bukan senang.
4. Saya nak kata, kalau ada peluang jaga anak sendiri, rebutlah. Bukan maksud saya semua wanita tak payah kerja. Sebab ada bidang yang memerlukan sentuhan wanita.
5. Sebelum kahwin lagi, kita dah kena fikir hidup macam mana yang kita nak lepas kahwin. Bukan pasal nak cari lelaki kaya tapi pasal macamana nak hidup secara sederhana. Belajar hidup di bumi nyata. Jangan ukur kebahagiaan dengan nilai harta

Allah itu tak akan lupa

6. Jangan berhutang benda yang tak mampu. Kalau tak mampu, ikut cara tak mampu. Jangan pedulikan sangat apa orang kata.
7. Hidup kat dunia ni sekejap aje. Dunia ni bukan tempat bersenang lenang. Di sini tempat kita kerja kuat untuk negara akhirat. Jangan takut susah dan tak ada harta.
8. Ada masanya kita kena beranikan diri mencuba sesuatu yang lain dari orang lain. Jangan mainstream sangat. Kena kreatif
9. Buat sesuatu sebab Allah. Jangan buat sesuatu untuk memenuhi mata orang lain. Allah tengok takwa bukan jenis kereta

Kepada mak2 yang bekerja, saya doakan semuanya berjalan lancar

Kepada mak2 yang tak payah bekerja, bersyukurlah sebab boleh jaga anak sendiri.

Kepada pengusaha taska, Allah tu tak akan lupa.

Sumber : Normaliza Mahadi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×