berita

‘Kalau Anak Orang Lain Apa Jadahnya Bertahun-tahun Dalam Perut’ – Izreen Azminda Bengang Status Anak Dipersoal

February 22nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Izreen Azminda pernah mencetuskan kontroversi hangat beberapa bulan lalu apabila berita pernikahannya dengan seorang pemuzik berstatus suami orang didedahkan. Statusnya menjadi perdebatan yang sering dibangkitkan oleh netizen. Malah setiap apa yang diperkatakan pada waktu itu turut mendapat perhatian netizen.

Terbaru, sebuah akaun Instagram pula telah bertindak mempersoalkan status anak hasil perkahwinan Izreen dengan bekas suaminya dahulu, Riza Baharudin dengan caption sarkastik.

‘Pak dia tolong pi test DNA sat, takut-takut jering dicelup entah siapa-siapa’

Akaun Instagram yang mempunyai pengikut seramai 10.8k telah memuatnaik status berkenaan dengan menyamakan anak Izreen Azminda dengan anak kepada pelakon Amyra Rosli. Soalan tersebut didakwa diperoleh daripada pengikut akaun Instagram tersebut.

‘Jangan babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa’

Izreen meminta untuk tidak membabitkan anaknya dan Amar Bahrin sekiranya ingin bercakap mengenai dirinya. Status tersebut dimuatnaik sejam lalu dan Izreen bertindak menutup ruang komen.

‘Kalau anak orang lain apa jadahnya bertahun-tahun dalam perut?’

Dia juga meletakkan tarikh perkahwinan dengan bekas suaminya dan tarikh Adrian Umar dilahirkan bagi menjelaskan persoalan yang dibangkitkan.

‘Jangan ingat saya diam, saya tak ambil peduli’

Izreen juga mengatakan dia sudah agak lama berdiam diri dan memberi amaran untuk mengambil tindakan. Admin rasa tak perlulah buka kisah silam dia dan persoalankan status yang terang-terang sah disisi undang-undang.

Credit: Izreen Azminda

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×