Anak kepada pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra gembira apabila impiannya untuk menceburi bidang muzik akhirnya tercapai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dari Show Paling Murah Ke Show Paling Mahal!’ – Ajai Jemput Talita Buat Persembahan Di Singapura
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cover’ Lagu Kehilangan, Suara Matin Dipuji Netizen – ‘Sedap Weh, Dia Ada Vibrato’
Impian jadi penyanyi
Semakin berani menyanyi di hadapan khalayak ramai, Talita berkata, arwah ibunya iaitu penyanyi Siti Sarah pasti berasa bangga dengan dirinya.
Kalau arwah ibu (Siti Sarah) ada di sini sekarang, saya rasa dia pasti akan bangga dengan saya.
Saya gembira dan dalam masa sama sedih sebab dapat capai apa yang saya impikan. Saya mahu jadi penyanyi.
Saya beritahu kepada mummy (Watie) nak jadi penyanyi dan doa itu seperti makbul. Daddy (Shuib) pun terkejut.
Talita berkongsi mengenai perkara menerusi temu bual dalam saluran podcast Hey Korangz.
Dalam pada itu, Talita memberitahu dia akan mengeluarkan single sulung tidak lama lagi.
Daddy kata saya akan ada lagu nanti, cuma tak tahu bila. Insya-Allah doakan.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji cara Talita menjawab pertanyaan dan memberi kenyataan.
Sumber: TikTok