berita

‘Kalau Bekas Isteri Sayangkan Saya, Dia Tak Buat Saya Macam Ni’ – PU Abu

April 22nd, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Pendedahan mengejut bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan beberapa hari lepas telah mengundang pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata mengutuk tindakan PU Abu yang meninggalkan isteri ketika sedang sarat hamil 7 bulan.

Menerusi laporan mStar Online, PU Abu ketika dihubungi melalui Whatsapp memberitahu apa yang diceritakan bekas isteri adalah sebahagian daripada situasi sebenar.

‘Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama’

Menurut PU Abu lagi, isu yang berlaku antara dia dan bekas isteri adalah isu lama dan apa yang dikongsi hanyalah sebahagian sahaja.

Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya.

Ia hanya sebahagian.

Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni.

Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama.

Bekas peserta rancangan realiti dakwah ini juga kecewa dengan tindakan bekas isteri yang membuka aib keluarga di media sosial sehingga menjadi buah mulut ramai.

Dia walaubagaimanapun telah memohon maaf menerusi laman Instagram miliknya. Dia mengaku silap dan menyesali segala perbuatannya lebih-lebih lagi menceraikan isteri ketika hamil.

Akui silap & mohon maaf

Dalam kenyataan lain, PU Abu akan tampil memberi penjelasan lanjut berhubung hal ini pada 24 April atau 25 April nanti.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×