
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menitipkan pesanan kepada orang ramai khususnya yang memilih untuk berbuka puasa di kedai makan atau membeli juadah di bazar sepanjang Ramadan ini.
Artikel Berkaitan: Bangga Minum Air Di Bulan Ramadan Sambil Buat Live, Wanita Muslim 27 Tahun Ditahan
Artikel Berkaitan: ‘Pasal Ketat, Kering & Basah Dalam Lawak..Sebenarnya Patut Dihentikan’ – Fazley Yaakob
Makanan tak kena tekak

Menerusi hantaran di Threads, Fazley, 47, mengingatkan orang ramai agar lebih bersabar dan berlapang dada sekiranya terdapat makanan yang tidak menepati selera mereka.
Saya hanya nak pesan, kalau kalian makan di luar bulan puasa ini, bawa-bawalah bersabar bila makan rasa tak sedap di tekak.
Walau tidak sedap di tekak korang, tetap ada yang boleh makan dan menikmati makanan tersebut. Tak perlu sombong rasa macam kalian lah terpaling juri Masterchef.
Jelas pelantun lagu Asmara Ini lagi, orang ramai juga wajar memberi ruang dan memaafkan peniaga sekiranya kekurangan yang berlaku hanyalah dari segi rasa semata-mata.
Kalau setakat kurang rasa, maafkan je peniaga. Melainkan kalau dalam bubur lambuk itu ada anak hamster tengah kuah lentang.
Perkongsian Fazley menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata bersetuju agar orang ramai lebih beradab ketika menegur serta tidak terlalu cepat menghukum, apatah lagi ketika masing-masing sedang menahan lapar dan dahaga.
Sumber: Threads




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
