berita

‘Kalau Betul Awak Cintakan Saya, Jilat Tapak Kaki Saya’ – Penonton Geram, Makin Meluat Dengan Laila

March 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dalam episod 9 drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ semalam, terdapat satu adegan di mana Laila (Sharifah Sakinah) menyuruh suaminya iaitu Eizlan (Adi Putra) untuk menjilat tapak kakinya sebagai tanda cinta dan sayang.

Artikel berkaitan: ‘Penat Je Berlakon, Lepas Itu Kena Delete’ – Sharifah Sakinah Kecewa Adegan Seram Dipotong

Namun begitu, sewaktu memuat naik teaser mengenai adegan tersebut di Instagram, Sharifah Sakinah turut ‘tag’ bakal suaminya iaitu Michael Hansen supaya melakukan aksi yang sama!

Jilat tapak kaki saya

Menurut Sharifah Sakinah, Laila seorang wanita yang psiko dalam drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’. Oleh kerana pernah dicaci dan dihina sewaktu tidak cantik, Laila ingin membalas dendam terhadap Eizlan semula. Apabila Laila berjaya menikahi Eizlan, dia telah menyuruh lelaki tersebut untuk menjilat tapak kakinya sebagai tanda cinta dan sayang. Namun, babak tersebut tidak berjaya dilakukan oleh kerana anak Eizlan telah masuk ke dalam bilik pada waktu itu.

Malam pertama punya dialog

Malam pertama punya dialog. Laila psycho. Siapa suruh body shaming masa dulu-dulu, ambil kau jilat kaki kita sekarang. Jari kaki Laila pula tak sempurna, ha jilat lah @michael_hansen79 lick my foot please.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat komen yang ditinggalkan oleh Michael Hansen mengenai posting tersebut. Jelas Michael, ‘dia tidak mahu menjilat tapak kaki bakal isterinya kerana terlalu berbau’.

Sumber: Sharifah Sakinah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×