Vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin tampil memberikan maklum balas susulan gurauan kontroversi dikeluarkan pengacara, Nabil Ahmad sewaktu mengacarakan program realiti tersohor, All Star Gegar Vaganza pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Timbul Dakwaan Ambil ‘Barang’ Sampai Kurus & Cengkung, Ini Respon Mamat Exist
Nabil perlu berhati-hati
Memetik laporan Harian Metro, Mamat memaklumkan bahawa dirinya sudah ambil maklum mengenai penjelasan dibuat dan sama sekali memahami bahawa kata-kata yang dikeluarkan Nabil adalah gurauan semata-mata.
Namun, penyanyi berusia 45 tahun itu menasihati Nabil agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata sewaktu mengacarakan program berkenaan.
Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh Nabil kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata.
Saya ingatkan kenapa dia kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang ‘grand’. Jadi, percakapan ‘lepas’ untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi ‘viral’.
Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita ‘viral’ mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen.
Terdahulu, Nabil dikecam hebat oleh wargamaya apabila bergurau dengan mengatakan ketiadaan Mamat dalam pertandingan ASGV adalah kerana sedang berada di tempat yang lebih tinggi.
Video
@arika_akira1511 #gegarvaganza #gegarvaganza10 #allstargegarvaganza #kaklinapompom ? original sound – Arika Tasnawinda
Sumber: Timbul Dakwaan Ambil ‘Barang’ Sampai Kurus & Cengkung, Ini Respon Mamat Exist, TikTok