Rumah tangga pasangan selebriti, Nora Danish dan suami, Nedim Nazri telah menemui titik noktah selepas sah bercerai talak satu, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Nora Danish & Nedim Sah Cerai Talak Satu, Perkahwinan 7 Tahun Sudah Berakhir
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Tanggung Semua Kesalahan, Asalkan Semua Orang Bahagia’ – Nora Danish
‘Dia bukan milikku di dalam Islam’
Terbaharu, Nedim atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri, 41, berkongsi di Instagram tentang kata-kata berhubung soal takdir dan jodoh yang ditetapkan Allah SWT dalam kehidupan setiap manusia.
Menerusi hantaran tersebut, Nedim percaya sekiranya seseorang itu ditakdirkan miliknya, lambat laun mereka pasti akan disatukan kembali.
Tiada yang berubah cuma dia bukan milikku di dalam Islam.
Percaya lah kalau dia milik ku, dia akan kembali milik ku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya termasuk rakan artis memberi kata-kata semangat buat Nedim dan mendoakan agar dirinya kuat menghadapi ujian yang diberikan. Tidak kurang juga ada yang berharap agar Nedim dan Nora Danish bertemu jodoh kembali.
Insyaallah, susunan Allah Maha Hebat. Yang baik-baik dan semoga dipermudahkan segala urusan.
Dia yang menyatukan, Dia yang memisahkan. Kalau Dia berkehendak, Dia juga berkuasa untuk menyatukan kembali. InsyaAllah doa yang terbaik untuk korang.
Ramai yang mendoakan untuk kamu berdua. Semoga Allah SWT menyatukan semula hati kamu berdua.
Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.
Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum disahkan bercerai pada 2008.
Hantaran di IG
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Nedim Nazri