Isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim berharap masyarakat dapat mengambil kisah rumah tangga Fazura dan Fattah Amin sebagai satu pengajaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Jalani Penggambaran Bersama, Tidak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Gatal Atau Cerita Hal Wanita’ – Pekin Ibrahim
Artikel Berkaitan: ‘Terus Melangkah Ke Hadapan & Semoga Urusan You Abdul Fattah Amin Dipermudahkan’ – Sherry Ibrahim
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Minta Netizen Jangan Masuk Campur Isu Perceraian Fattah & Fazura – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Masalah Dalaman’
Tak terlepas melakukan kesilapan
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina berkata, tidak semua orang terlepas daripada melakukan kesilapan.
Semua orang tak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Tapi, kita ini yang Allah tunjukkan benda ini, kita minta Allah lindungi kita daripada fitnah dunia dan fitnah dajal.
Jauhkan kami daripada cinta dunia. Itu, Allah nak beri pengajaran kepada semua.
Salah satu pengajarannya adalah, jangan cinta dunia.
Kedua, jangan berhutang terutama hutang riba yang sentiasa dipaksa bayar. Itu akan membuatkan kita jadi tertekan.
Kita ambil pengajaran dari situ, bukan kita komen.
Macam-macam orang komen
Tambah Ina, Fazura dan Fattah merupakan orang yang baik.
Kalau dia (Fazura) sedar apa yang dia cakap, dia takkan cakap semua benda. Saya duduk dalam dunia ini, saya tahu. Dunia tipu-tipu. Saya bukan nak cerita, tetapi saya nak jadikan satu pengajaran untuk semua.
Saya tengok, macam-macam orang komen dan ramai sokong Fattah Amin. Saya kena lihat dua benda. Memang Fazura dan Fattah orang yang baik.
Cuma, apabila wartawan bertubi-tubi tanya soalan kepada dia, dia terlepas cakap benda itu. Itu yang jadi besar. Fattah Amin ini orang cerdik, dari keluarga berilmu, orang soleh dan solehah, ahli syurga.
Sekadar info, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu pada 7 Oktober yang lalu.
Pada 13 September, Fazura telah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Sumber: Harian Metro