berita

‘Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Hubungan Kami Selama Ini, Saya Terima’ – Amelia Christie

February 29th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Amelia Christie Lim menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh Sharnaaz Ahmad mengenai hubungan mereka selama ini.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni’ – Sharnaaz Ahmad

Tak mahu perbesarkan hal yang kecil

Menurut Amelia, dia tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial.

Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja. Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah ‘unfollow’ dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan ‘move on’. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.

Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus.

Tambah Amelia, dia tampil membuka mulut bukan kerana mahu menjatuhkan maruah sesiapa apatah lagi bermusuh dengan mana-mana individu.

Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.

Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak.

Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang boleh  menggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif.

Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan. Malah, pelakon itu turut bercuti di Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×