Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan masuk campur urusan perceraian anaknya Syamsul Yusof dengan isteri, Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Respons Dakwaan Syamsul Yusof Lafaz Cerai Luar Mahkamah Terhadap Ira
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul & Ira Kazar Tangguh Cerai, Mahkamah Tetapkan Tarikh Baharu 25 September
Sokongan buat Syamsul
Yusof atau nama lengkapnya Mohd Yusof Md Haslam Khan, 70, berkata, dia juga tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya memilih untuk mendoakan dari jauh.
Tambah Yusof, sekiranya hubungan dengan Syamsul dalam keadaan baik, dia tidak menolak kemungkinan untuk hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan.
Saya tak mahu campur urusan Syamsul dengan Ira, itu bukan urusan saya. Biar Syamsul yang selesaikan kes dia. Syamsul mahu datang atau tidak ke mahkamah tempoh hari bukan urusan saya.
Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul, kerana dia anak saya.
Kalau hubungan kami baik, mungkin boleh saya dan isteri datang beri sokongan kepada Syamsul di mahkamah. Namun apakan daya, hubungan kami terputus.
Jadi saya mendoakan yang terbaik sahaja dari jauh, semoga Syamsul kuat menghadapi apa sahaja dugaan dan cabaran. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan doa selamat filem Sheriff yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.
Ikut perkembangan Syamsul
Dalam pada itu, pengarah filem Gerak- Gerak Khas ini mengakui sering mengikuti perkembangan kes perceraian Syamsul menerusi berita yang disiarkan dalam sosial media.
Sudah pasti saya mengikuti perkembangan kes cerai Syamsul, apatah lagi telefon bimbit sentiasa di tangan. Saya lihat menerusi TikTok dan sebagainya. Namun, isteri saya selalu pesan jangan komen apa-apa.
Tiada ibu bapa yang tak sayang anak, marah bukan beerti memusuhi. Senyum bukan beerti suka.
Disoal adakah punca perceraian disebabkan tidak mendapat restu keluarga, bapa kepada empat cahaya ini menafikan dakwaan tersebut.
Saya tidak mahu bercakap begitu, soal jodoh Allah yang menentukan. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik. Saya tidak boleh nak kata perkahwinan mereka tidak direstui.
Malah, ada dakwaan kata isteri saya suka apabila mereka bakal berpisah, itu tidak benar sama sekali. Tidak adil nak mendoakan begitu, itu kehidupan Syamsul.
Terdahulu, Syamsul dan isteri, Ira Kazar tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian mereka dan terpaksa ditangguh pada 25 September depan.
Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.
Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.