berita

‘Kalau Hujung Tahun Tak Mengandung, Suami Akan Ceraikan Saya’

January 11th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mengandung, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan tertekan apabila suami tercinta ingin menceraikannya sekiranya mereka tidak dikurniakan zuriat. Luahan tersebut dikongsikan oleh Fedtri Yahya menerusi akaun Instagramnya.

7 tahun dah kahwin

Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum. Saya dah masuk 7 tahun kahwin. Belum dikurniakan cahaya mata. Malam ni suami cakap kalau hujung tahun ini saya tak mengandung juga. Dia nak ceraikan saya. Saya terluka. Saya sangat sedih. Minta doakan saya. Saya dah tak kuat.

Menurut seorang wanita yang enggan mendedahkan identitinya, dia dan suami telah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun. Hasil perkahwinan tersebut mereka belum dikurniakan zuriat. Sebagai seorang isteri, wanita tersebut meluahkan rasa sedih dan terluka apabila si suami ingin menceraikannya sekiranya mereka tidak dikurniakan zuriat sehingga hujung tahun ini. Buntu memikirkan soal tersebut, wanita ini tampil dan berkongsi masalahnya kepada Fedtri Yahya.

Angkat kaki saja sis

Di ruangan komen, pelakon, Catriona Brian Ross tampil memberikan komen terhadap isu tersebut. Menurut Catriona, perkahwinan adalah perkongsian, ia adalah perjanjian tentang dua pasangan yang sedang bercinta.

How idiotic and chauvinistic can you get. Marriage is a partnership, its an agreement about 2 people being in love dan isteri jangan dianggap kilang yang diwajibkan untuk melahirkan ikut kehendak. Just leave that man Puan. He doesnt deserve you. Just leave that man Puan. He doesnt deserve you.

Menurut netizen, wanita tersebut perlu kuat, tabah dan mengatur semula kehidupannya selepas ini. Jelas netizen, wanita tersebut layak mendapat pasangan yang lebih baik dan paling penting percaya kepada ketentuan Allah.

Sumber: Fedtri Yahya

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×