Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tidak kemana. Biarlah berpisah jauh atau lama sekalipun, jika benar dia jodoh kita maka suatu hari nanti pasti akan bersatu juga.
Begitulah kisah yang dialami oleh pasangan kekasih ini apabila mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri setelah berpisah hampir belasan tahun.
Berpisah dan kahwin dengan orang lain
Berdasarkan video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter, Sirenayasminxo memaparkan sepasang kekasih telah menjalinkan hubungan cinta sejak dari tahun 1996 sehinggalah tahun 1999. Setelah empat tahun bercinta, pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk berpisah kerana masing-masing telah menyambung pelajaran di universiti yang berbeza.
Semasa dalam tempoh mereka berpisah, wanita berkenaan telah menemui ‘cinta’ baharu dan telah mendirikan rumah tangga. Jelasnya dalam video itu, wanita ini mengakui telah mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia bersama suaminya sepanjang lebih 12 tahun mereka bersama.
Akhirnya kembali bersatu
Namun pada tahun 2014, wanita ini terjumpa gambar dia bersama bekas kekasihnya pada suatu ketika dahulu. Hal ini merupakan satu tamparan yang hebat sehingga menyebabkan dia dan suaminya bercerai.
Saya akhirnya sedar saya telah membuat kesilapan yang sangat besar sebab dia (bekas kekasih) adalah satu-satunya insan yang saya cinta dan dia juga sangat mencintai saya.
Wanita ini kemudian cuba mencari semula bekas kekasihnya dan memberitahu dia masih mencintainya. Namun, siapa sangka bekas teman lelakinya itu juga masih menyimpan perasaan yang sama dan akhirnya mereka kembali bersatu. Difahamkan, kini mereka sudah mendirikan rumah tangga hampir 5 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sebaknya!
i am sobbing ? pic.twitter.com/x6bZtCWrjm
— beautiful + hot headed spanish negro ? (@sirenayasminxo) January 29, 2021
Sumber: Sirenayasminxo