Pelakon, Zila Bakarin memberi pendapat tentang artis wanita yang sanggup membuka hijab demi mendapatkan tawaran pekerjaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zila Bakarin Kongsi ‘Skill’ Anak Memasak, Netizen Terpesona Lihat Kecantikan – ‘Muka Ada Iras-Iras Amelia Henderson!’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Macam Tiada Seurat Benang Dekat Badan…’ – Zila Bakarin ‘Throwback’ Kisah Sebelum Berhijab
Pendapat Zila
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, pemakaian hijab adalah pilihan diri sendiri.
Sebenarnya sama ada dia nak pakai atau nak buka tudung, itu bergantung kepada individu.
Ikut pada hati masing-masing.
Walau bagaimanapun, menurut Zila, memakai hijab ataupun tidak ia bukan penentu selebriti itu akan ditawarkan pekerjaan.
Justeru itu, aktres berusia 49 tahun tersebut yakin bahawa segalanya bergantung kepada rezeki Allah SWT.
Kalau rasa, bila buka untuk dapat job lagi..itu semua rezeki Allah. Untuk dapat banyak job tu kadang-kadang tak juga.
Masing-masing sudah ditentukan rezeki, kita percaya yang rezeki itu daripada Allah.
Saya pun apabila sudah mula pakai tudung, job kurang tetapi rezeki Allah tetap ada. Maksudnya dengan cara lain.
Imej seksi
Dalam masa yang sama, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu turut memberikan komen berkenaan trend imej seksi.
Di zaman sekarang seksi memang akan dikecam, zaman saya dulu kurang.
Sekarang kalau lagi bertutup, lagi kau popular. Pakai 800 lapis dekat baju, lagi orang suka sebenarnya. Jadi, jangan ingat seksi tu orang suka.
Ada juga perempuan seksi yang suka tengok perempuan berhijab tapi dia belum bersedia dan itu normal.
Sumber: TikTok Zila Bakarin