berita

‘Kalau Kena Pakai Lirik Lucah Untuk Sampaikan Mesej Lagu, Saya Rasa Perlu’ – Alyph

October 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Alyph

Penyanyi rap Alyph berpendapat tidak salah untuk menggunakan lirik berbaur lucah dalam mana-mana karya sekiranya itu merupakan cara terbaik dalam menyampaikan mesej sesebuah lagu.

Artikel Berkaitan: Lagu Malam Masih Muda Didakwa Ada Unsur Lucah & Maksiat – ‘Bagaimana Muslim Boleh Terlibat Hasilkan Lagu Sejijik Ini?’

Artikel Berkaitan: Muzik Video ‘Malam Pagi’ Didakwa Berunsur Lucah, Nadhir Nasar Respon – ‘Itu Adalah Realiti Sebenar’

‘Tidak salah guna lirik lucah’

Alyph

Ketika ditemui OhBulan! Alyph berkata jika lirik yang dianggap lucah itu diubah, berkemungkinan mesej asal yang ingin disampaikan oleh pencipta lagu itu tidak difahami oleh pendengar.

Bagaimanapun, jelas Alyph, dia tidak menyokong jika lirik berbuar lucah digunakan hanya untuk tujuan meraih perhatian orang ramai.

Kalau penulis itu jujur nak sampaikan mesej lagu dan kalau kena pakai lirik yang lucah untuk sampaikan mesej tersebut, saya rasa perlu.

Sebab jika ubah lirik itu risau mesejnya tidak akan sampai kepada pendengar. Melainkan tujuan penulis itu menggunakan lirik lucah untuk tujuan viral, itu saya tidak sokong.

Kalau sengaja nak buat orang marah atau netizen komen, benda itu saya tidak suka, itu menjatuhkan nama Hip Hop dan Rap. Kami komuniti Hip Hop pangkah orang yang bertujuan sebegitu.

Kalau ada isi, terpaksalah tabahkan diri dengan pendapat orang lain yang mungkin faham, mungkin tidak faham dan mungkin akan faham kelak, itulah muzik. Jika tiada perbincangan muzik tak akan berkembang.

Rap ini bergantung pada kejujuran dan keikhlasan pada jalan cerita lagu. Cara nak sampaikan mesej itu, kami akan cuba apa sahaja untuk sampaikan mesejnya.

Alyph berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Heat yang berlangsung di studio Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Selasa.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai lagu yang menjadi kontroversi berjudul Malampagi nyanyian Saixse, Alyph berkata lagu berkenaan menggambarkan tentang realiti sebenar kehidupan masyarakat ketika ini.

Lagu itu sedang menggambarkan situasi dalam hidup. Tipu kalau katakan kita tiada kawan yang hidup dalam keadaan tersebut.

Kalau tiada yang hidup sebegitu maknanya tidak akan ada yang layan lagu Malampagi. Lagu itu mungkin dekat dengan sesetengah orang.

Memang betul dari sudut agama, ia sedikit tidak sesuai dan kurang selesa. Tapi dari segi sudut muzik, perkara sebegini perlu tabah.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 34 tahun itu berkata dia juga pernah menghasilkan lagu yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

Saya pernah ada lagu yang seakan begitu, menyentuh tentang domestic violence (keganasan). Pendengar mereka pada mulanya tidak akan tangkap benda itu, tapi lama-kelamaan mereka sedar.

Ini bukan soal okay atau tidak menggunakan lirik lucah, ini soal sesuai atau tidak dengan mesej yang ingin disampaikan.

Terdahulu, lagu Malampagi telah dikritik oleh seorang pengguna media sosial apabila didakwa mempunyai mesej berbaur lucah dan maksiat.

SKIP THIS AD ×