berita

Lagu Malam Masih Muda Didakwa Ada Unsur Lucah & Maksiat – ‘Bagaimana Muslim Boleh Terlibat Hasilkan Lagu Sejijik Ini?’

October 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

malampagi

Seorang individu mendakwa lirik lagu Malam Masih Muda (Malam Pagi) nyanyian Saixse berunsur lucah sehingga merosakkan akhlak terutama bagi pendengar beragama Islam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dengar Muzik Haram, Saya Pasang Zikir Saja’ – Suami Fatin Afeefa

Artikel Berkaitan: Guna Lagu Viral Menari Dengan Anak Di TikTok, Vince Dedah Lagu Ini Sebenarnya Bawa Maksud Lucah!

Kecewa dengan penulis lirik

malampagi

Menerusi pendedahan di Facebook (FB), individu itu menyifatkan penulis lirik lagu tersebut sebagai seorang yang tiada iman berikutan lirik yang didakwa menceritakan tentang seorang pemuda yang terjerumus ke lembah maksiat.

Liriknya seolah-olah ditulis oleh orang yang tiada iman. Ia menceritakan tentang pemuda yang fasiq dan hidup bergelumang dengan maksiat, mengalami kekecewaan yang teruk akibat putus cinta.

Untuk mengubati hatinya yang lara, dia ke parti atau kelab malam. Kadang-kadang dia sekadar duduk-duduk kerana murung, dan ada kalanya dia menari untuk mengubati kesedihannya.

Dalam masa yang sama, individu tersebut cuba mencari kebenaran dengan tidak melemparkan fitnah secara membuta tuli. Bagaimanapun, dia kecewa setelah melihat muzik video lagu itu.

Ketika menulis tulisan ini, saya mencari klip videonya untuk mengesahkan kefahaman saya. (Saya cuba bertabayyun, tidak mahu memfitnah.) Dugaan saya benar. Lagu ini memang cabul. Ada babak tari-menari, berpesta, dan adegan berdua-duaan di atas katil dalam bilik antara lelaki dengan perempuan.

Saya rasa lagu ini ada dua versi, versi yang dinyanyikan dalam rancangan TV mengandungi lirik berikut: ‘Tonight is my night. Yea I’m gettin loose. She wanted to drink so i gave her my juice’

Daripada maklumat yang tertera di bawah kedua-dua versi, penyanyi dan penulis liriknya ialah Saixse dan MK K-Clique. Kedua-duanya Muslim. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Muslim boleh terlibat menghasilkan lagu sekotor dan sejijik ini. Kamu tidak ada otakkah?

Sementara itu, individu berkenaan juga menzahirkan kerisauan apabila melihat jumlah tontonan muzik video lagu tersebut yang didakwa boleh mempengaruhi golongan remaja dan kanak-kanak.

Video tanpa baris ini (dan dengan babak yang tidak senonoh) mendapat 5.5 juta tontonan, sementara yang ada baris ini (tanpa babak yang tidak senonoh, kerana dinyanyikan secara “live”) mendapat 339 ribu tontonan. Jika dicari di Google, yang keluar adalah lirik dengan baris lucah ini. Bayangkan jutaan peminat lagu ini, yang sebahagiannya terdiri daripada remaja dan kanak-kanak, diracuni pemikirannya dengan kefasiqan melampau.

Semoga Allah melaknat orang yang terlibat merosakkan akhlak dan sahsiah remaja-remaja Islam dengan lagu-lagu seumpamanya. Hancur kamu di dunia dan hancur kamu di akhirat.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×