berita

Muzik Video ‘Malam Pagi’ Didakwa Berunsur Lucah, Nadhir Nasar Respon – ‘Itu Adalah Realiti Sebenar’

October 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nadhir Nasar

Pelakon dan pengarah muda, Nadhir Nasar menafikan muzik video (MV) lagu berjudul Malam Pagi arahannya mempunyai mesej lucah dan berunsur maksiat.

Artikel Berkaitan: Lagu Malam Masih Muda Didakwa Ada Unsur Lucah & Maksiat – ‘Bagaimana Muslim Boleh Terlibat Hasilkan Lagu Sejijik Ini?’

Jawab dakwaan MV lucah

Nadhir Nasar

Ketika ditemui OhBulan! Nadhir berkata mesej yang ingin disampaikan dalam MV tersebut adalah realiti sebenar yang mana semua manusia pada akhirnya akan kembali pada Allah.

Kalau penonton tengok MV itu mereka akan faham, sebab ia adalah sangat direct. MV itu menceritakan bagaimana kehidupan kita, pada akhirnya akan kembali pada Allah juga.

Banyak persepsi orang terhadap lagu itu yang bermacam-macam, jadi saya nak ubah persepsi buruk tentang lagu tersebut.

Saya adalah seorang yang berpegang pada prinsip dan prinsip saya untuk sampaikan mesej sebagai seorang pengarah. Saya di sini bukan mahu glamour atau famous semata-mata.

Untuk menjadi seorang pengarah dan menulis jalan cerita bagi sebuah muzik video bukan mudah. Mungkin orang kata MV itu keterlaluan, tapi sebenarnya itu adalah realiti sebenar.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Super Wira yang berlangsung di TGV Pavilion, Bukit Jalil pada Selasa.

Sementara itu, disoal mengenai dakwaan yang mengatakan MV tersebut memberikan pengaruh buruk kepada masyarkat, aktor berusia 27 tahun itu menjawab setiap individu mempunyai cita rasa dan pendapat yang berbeza.

Setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza dan susah untuk memuaskan semua pihak. Saya sudah buat pilihan untuk sampaikan mesej apa yang buruk dan apa yang baik. Bergantung pada audience untuk menilai.

Dalam pada itu, pelakon drama Projek High Council itu berkata dia tidak berasa risau sekiranya MV berkenaan akan dinilai semula dan digam daripada disiarkan kepada umum.

Saya tidak risau kalau digam atau diharamkan MV itu, saya sudah menjalankan bahagian saya sebagai pengarah, kini terpulang pada orang luar untuk menilainya.

Saya bukan pengarah yang provokatif, saya suka yang realiti. Suka atau tidak saya perlu terima juga. Kita lebih suka hidup dalam penipuan dan tidak selesa dengan kebenaran realiti yang sebenar.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mengkritik lirik lagu dan muzik video berjudul Malam Pagi nyanyian Saixse yang didakwa membawa pengaruh tidak baik kepada masyarakat kerana berunsurkan maksiat dan lucah.

SKIP THIS AD ×