Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi sedikit nasihat kepada golongan isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Mohon Maaf Isu Jawapan Mengelirukan Mengenai Berpuasa Di Hari Tasyrik – ‘Semoga Allah Mengampuni Dosa Kita Semua’
Artikel Berkaitan: Ustaz Don Berterima Kasih & Hargai Segala Teguran – ‘Semoga Allah Merahmati & Memberkati’
Jangan berdoa sahaja
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ustaz Don berkata, selain berdoa kepada Allah agar keluar daripada masalah yang berlaku, para isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga perlu membuat laporan polis juga.
Pertama, kalau melibatkan kekerasan rumah tangga, jangan doa sahaja. Kena pergi lapor polis. Kita kena sayang diri kita dulu. Macam mana Allah nak suruh mahkluk lain sayangi kita kalau kita tidak sayangkan diri sendiri.
Ustaz Don yang ditemui selepas Majlis Ulang Tahun Suria FM yang ke-17, baru-baru ini, turut berbicara bahawa Allah mencipta kaum hawa untuk dihargai dan dilindungi terutama buat suami, bukan disakiti.
Kata ulama, wanita tidak diciptakan daripada tulang kepala tengkorak untuk dijadikan ketua semata-mata, dan tidaklah diciptakan perempuan daripada tulang kaki untuk dipijak-pijak. Tidak juga diciptakan daripada tulang punggung, maknanya bukan tempat tak baik tapi diciptakan daripada tulang rusuk dekat dengan hati untuk disayangi dan dicintai.
Jadi jika ‘bahasa cinta’ ditunjukkan suami menerusi kekerasan, dalam Islam sendiri minta pergi mengadu. Kasar sangat bahasa cinta dia (suami) macam tu.
Terdahulu, pelakon Zahnita dan Elliza Razak berkongsi penderitaan yang ditanggung oleh mereka di media sosial. Kedua-dua mereka didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa tahun yang lalu.