berita

‘Kalau Menu Daging B*bi, Saya Akan Berpuasa’ – Ringgo Fotograf Kongsi Pengalaman Dipenjara Di Venezuela

September 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lapan tahun terpaksa meringkuk di dalam penjara dan melalui tahanan parol di Venezuela, pemain dram kumpulan Fotograf iaitu Ringgo, berkongsi pengalaman pahitnya.

Menurut Ringgo, soal makan dan minum merupakan ujian paling perit yang terpaksa dilalui olehnya sewaktu berada dalam tahanan.

Dihidangkan daging babi

Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan tapi bila habis, saya terpaksa ambil langkah darurat. Daging kuda pun saya makan. Namun kalau menunya daging babi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur.

Ringgo memberitahu dia hanya makan sardin yang dibekalkan oleh pihak kedutaan. Tambahnya, jika stok tersebut habis, dia terpaksa mengambil langkah darurat. Oleh itu, dia terpaksa makan daging kuda. Namun, dia akan berpuasa sekiranya menu yang dihidangkan kepadanya adalah daging babi. Ujarnya lagi, daging dan telur merupakan menu sarapannya sepanjang di penjara tersebut.

Aktiviti utama bergaduh

Sekadar gambar hiasan

Selain soal makanan dan minuman, Ringgo memberitahu aktiviti utama kesemua banduan di negara tersebut ialah bergaduh. Oleh kerana tiada hiburan, mereka akan bergaduh dan berbaik semula selepas itu. Bercerita lebih lanjut, dia memaklumkan penjara di Venezuela memberi kebenaran buat pelawat berjumpa dengan banduan sebanyak tiga kali seminggu iaitu setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Kami pasang belon, mengecat dan bersihkan sel kerana kami perlu tunjukkan pada pelawat yang datang di mana banduan di sini bukanlah tinggal dalam keadaan tidak terurus dan menyedihkan.

Kesemua isteri banduan diberi kebenaran berjumpa suami masing-masing sekali setiap bulan untuk melakukan hubungan intim. Terdahulu, Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela selepas pihak berkuasa menemui dadah jenis kokain seberat hampir satu kilogram dalam bag yang dibawanya pada November 2007. Susulan daripada itu, dia dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun.

Sumber: Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×