berita

‘Kalau Nak Ambil Parti, Ambillah. Kalau Nak Buang Nombor Keahlian Saya, Buanglah’ – Syed Saddiq

July 8th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Dalam satu kenyataan di media sosial, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) kini dipangku oleh Naib Ketua Armada, Mohd Aizad Roslan selepas keahlian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terlucut daripada menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Syed Saddiq Abdul Rahman menerusi laman Twitter berkata sudah tiba masa untuk dia pergi apabila khidmat di dalam parti sudah tidak diperlukan lagi.

Time to move on

Bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu itu turut menulis luahan di laman Facebook berkenaan penglibatannya di dalam parti selama ini. Dia faham bahawa jalan yang diambilnya ini bukanlah senang.

Armada adalah keluarga saya

Cerita saya dalam BERSATU dan ARMADA ini panjang. Saya rasa saya akan ingat sampai bila-bila setiap satu perjuangan ARMADA sebelum dan selepas PRU14.

Waktu itu, kami tidak punya apa-apa. Jelajah dari negeri ke negeri dan singgah program rumah ke rumah.

Tidur bermalam pun dalam kereta. Percaya atau tidak, keluarga ARMADA hanya berbekalkan semangat untuk ubah negara dan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik.

Bagi saya, ARMADA ini bukan sekadar sebuah instrumen politik, tetapi ia adalah keluarga saya.

Walaupun ada perselisihan, saya tidak pernah sesekali membawa ia keluar dari bilik mesyuarat. Semuanya untuk menjaga dan melindungi ARMADA yang kami bina bersama.

Jalan ini bukan senang

Hari ini, BERSATU telah melantik ketua ARMADA yang baru selepas saya dipecat.

Kalau tanya saya, saya merasa rendah diri. Pengalaman dan pengetahuan yang saya raih dalam ARMADA besar nilainya.

Hubungan yang kami bina dalam ARMADA juga tidak akan putus.

Apabila khidmat saya di dalam BERSATU dan ARMADA tidak diperlukan lagi, sudah tibanya masa untuk saya pergi.

Saya faham bahawa jalan yang saya ambil ini bukan senang. Jauh sekali ingin menjamin masa hadapan yang baik untuk diri. Mereka yang sama haluan juga akan terima nasib yang sama. Diugut kiri kanan, disingkirkan jawatan dan dibuang jauh-jauh.

Paling penting, kita harus faham bahawa parti politik adalah kenderaan untuk membela rakyat dan menjaga negara. Ia bukan alat untuk kepentingan individu, jalan mudah meraih kemewahan dan jaminan masa depan.

I’ll march forward.

Kalau nak ambil parti, ambillah

Saya juga akan menarik semula saman sivil terhadap kes pemecatan keahlian saya dalam BERSATU.

Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.

Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa hadapan negara. Walau apa pun, jika ianya berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih. What say you?

*Syed Saddiq*
*Ahli 000006*
*Pengasas ARMADA*

Sumber : Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×