berita

‘Kalau Nak Buat Kepala Kita Tanpa Ikut Al-Quran, Anda Akan Kelihatan Bodoh’ – Daddycap

May 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pempengaruh, Sabrina Azhan menjadi bualan ramai selepas mempertahankan minatnya menari dan mengaitkan perkara tersebut dengan isu agama.

Artikel Berkaitan: Ligat Menari Walaupun Berhijab, Gadis Malaysia Menetap Di Korea Tak Kisah Dikecam – ‘Tak Boleh Kawal Mulut Orang’

Artikel Berkaitan: Ustaz Dusuki Tegur Influencer Berhijab Suka Menari – ‘Jangan Sampai Tergedik-Gedik’

Silap kait agama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Kenyataan itu menarik perhatian penyanyi Caprice untuk bersuara menerusi hantaran di Instagram (IG).

Caprice atau lebih mesra dengan Daddycap berkata isu gadis berhijab suka menari dan dikongsikan di media sosial bukan satu perkara baharu.

Namun kata pemilik nama Ariz Ramli, apa yang salah apabila pelajar Malaysia di Korea Selatan itu cuba mempertahankan minatnya yang terang-terangan salah dalam agama Islam.

Dia (Sabrina) bukan gadis pertama berhijab yang menari dan menyanyi dalam media sosial. Silapnya apabila dia cuba kaitkan isu tersebut dengan agama.

Jangan cuba justifikasi sesuatu benda yang kita minat dalam konteks Islam apabila perkara yang kita minat itu lari daripada al-Quran dan sunnah.

Nampak bodoh

Tegas pelantun lagu Lenglui, tindakan gadis berumur 22 tahun itu menampakkan diri sendiri kurang ilmu.

Memang tak bolehlah. Kalau nak buat kepala kita tanpa mengikut al-Quran dan sunnah, anda akan kelihatan bodoh.

Sebelum ini, dalam temu bual berjudul Life of a hijabi K-pop dancer itu, Sabrina yang merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang berkata hijab tidak pernah menjadi penghalang minat dalam dunia tarian.

Malah, dia enggan ambil pusing dengan komen-komen kebencian dan memilih untuk diri sendiri. Video temu bual berdurasi dua minit 18 saat itu dikongsikan juga di Twitter @bbcworldservice.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

SKIP THIS AD ×