Pemain dram kumpulan XPDC Militia, Lola tampil memberikan pendapatnya mengenai tindakan sebuah kumpulan yang didakwa beraksi dengan menggunakan nama XPDC.
Artikel Berkaitan: Badan Melecur Disambar Api Ketika Bakar Sampah, Berat Ali XPDC Susut 20kg
Minta izin terlebih dahulu
Ketika ditemui OhBulan!, Lola atau nama sebenarnya Saiful Rizla Kamarudin berkata, sekiranya benar kumpulan tersebut mahu menggunakan nama ‘XPDC’, mereka sewajarnya meminta izin daripada syarikat rakaman terlebih dahulu.
Sebenarnya kami tak mahu jawab dan tak mahu campur pun mengenai isu tersebut. Kita juga sama sekali tak tahu pun pasal kewujudan band tersebut.
Tetapi, kalau betul nak gunakan nama ‘XPDC’, mereka perlulah minta izin dengan syarikat rakaman terlebih dahulu.
Dan kalau tanya pendapat jujur saya, tak perlulah mereka nak pakai nama ‘XPDC’ dan tubuhkan saja ‘band tribute’ atau ‘impersonator band’.
Lola berkata demikian sewaktu sidang media Konsert Loop Festival yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah Lola, kumpulan tersebut wajar menjadikan kumpulan ‘The Iron Maidens’ sebagai contoh selepas kumpulan berkenaan meminta izin untuk menjadi sebuah ‘tribute band’ kepada ‘Iron Maiden’.
‘The Iron Maidens’ itu pun minta izin dengan kumpulan ‘Iron Maiden’ untuk menjadi sebuah ‘tribute band’.
Ini kita bercakap tentang kumpulan terkenal di dunia tau. Jadi, sewajarnya mereka contohi mereka.
Sementara itu, Eddie yang merupakan pemain bes turut berpendapat kumpulan tersebut tidak akan boleh menipu para peminat yang sudah mengenali ahli kumpulan sebenar XPDC.
Peminat kami sendiri dah tahu dah siapa ahli kumpulan XPDC yang sebenar.
Jadi, kalau mereka mainkan dan persembahkan lagu XPDC sewaktu konsert orang akan anggap mereka adalah ‘tribute band’ sahaja.
Terpulang pada mereka kalau mereka masih rasakan mereka adalah XPDC tetapi macam saya katakan peminat dah tahu siapa itu ahli kumpulan XPDC.
Terdahulu, vokalis kumpulan XPDC Militia iaitu Ali meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah kumpulan yang didakwa beraksi mendapatkan keuntungan dengan menggunakan nama XPDC.