Pelakon Ezzrin Loy mengakui dia sudah lama mengenali Sharifah Rose dan hubungan mereka akrab seperti rakan-rakan yang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Restu Hubungan Sharifah Rose & Ezzrin Loy – ‘Comel Sangat Pakai Hoodie Sama’
Artikel Berkaitan: ‘Single But Not Available’ – Sharifah Rose Mengaku Sedang Mengenali Seseorang
Kembali rapat
Ezzrin atau nama sebenar Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabr mengatakan dia sudah mengenali Rose sejak zaman belajar lagi dan mereka kembali rapat selepas berlakon bersama dalam drama Ku Punya Hati.
Walau bagaimanapun, pelakon yang berusia 26 tahun itu enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai hubungan mereka kerana menghormati perasaan Rose dan keluarganya.
Saya tak boleh cakap lebih kerana ia membabitkan soal peribadi orang lain.
Lagipun, kalau nak keluarkan apa-apa kenyataan saya kenalah dapatkan keizinan Rose dan ibu bapanya terlebih dahulu.
Sebenarnya apa sahaja hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, itu adalah situasi terkini saya. Saya akan muat naik semua foto mereka yang rapat dan istimewa dalam hidup saya.
Sama macam orang lain juga, setiap foto dimuat naik tentunya ada nilai sentimental tersendiri.
Selesa berkawan
Apabila ditanya sejauh mana dia selesa berkawan dengan Rose, Ezzrin mendedahkan bahawa dia seorang yang ‘introvert’ dan memilih dengan siapa dia ingin berkawan.
Menurut Ezzrin, apabila dia merasa akrab dengan seseorang, itu bermakna individu tersebut berjaya membuatkan dia berasa selesa.
Hubungan kami sebagai rakan. Kami pernah jadi rakan sekerja, jalan-jalan dan ‘camping’
Tapi, bukan pergi berdua, selalunya akan disertai rakan lain. Ini kerana kami ada kumpulan rakan yang sama.
Cuma, saya selalu ingat pesan mak. Kalau nak berkawan biarlah betul-betul dan kalau rasa tak nak, cakap tak boleh nak berkawan lagi.
Sementara itu, adik kepada pelakon Elfira Loy mengakui kurang senang apabila video dia bersama Rose dirakam secara senyap menjadi tular.
Ezzrin turut menjelaskan bahawa mereka bukan keluar berdua, sebaliknya ada seorang lagi rakan yang bersama mereka.
Kami baru balik makan tengahari bersama rakan selepas pulang bermain golf. Cuma, saya kurang selesa apabila video ini diambil secara sembunyi dan ditularkan.
Ia membabitkan privasi orang lain, jadi rasanya tak perlu disebarkan. Banyak lagi isu lain lebih penting daripada cerita turun eskalator.
Sumber: Berita Harian