Isu tidak pandai menyiang ikan menjadi bualan hangat netizen selepas tular rakaman video yang memaparkan situasi pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang dilihat terkial-kial ketika sedang menyelesaikan tugasan semasa siaran langsung.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Mengaku Tak Tahu Cara Menyiang Ikan Sebelum Kahwin, Ibu Mentua Puji Sebab Jujur
Artikel Berkaitan: ‘Saya Vegetarian, Pernah Siang Ikan Pun Sekali Saja, Itu Pun Manja-Manja’ – Sugeeta Chandran
Beli ikan dah siap siang
Ramai selebriti yang mempertahankan Sugeeta Chandran dan antaranya adalah pelakon, Zulin Aziz.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Zulin, 34, berkata ikan yang dijual kini boleh diminta untuk siap disiang, dipotong dan dicuci. Justeru, baginya, isu itu tidak perlu diperbesarkan di media sosial.
Dalam pada itu, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz mengakui dia juga tidak pandai menyiang ikan dan memotong ayam.
Aku pun tak reti siang ikan, potong ayam. Potong sayur pun kadang bentuk love, segi tiga, petak, bujur, semua ada.
Ikut suka hati aku.
Sumber: Instagram