Baru-baru ini, penyanyi Yonnyboii dilihat berang dengan netizen yang tak habis mengecam dirinya dan isteri, Nik Nazira, yang sudah tidak lagi bertudung.
Artikel Berkaitan: Isteri Tak Bertudung, Yonnyboii Okay Ja – ‘Saya Dan Dia Masih Muda Lagi’
Artikel Berkaitan: Yonnyboii Tergores Hati Dengan Netizen Suka Maki, Ingat Dosa Sesama Manusia Kena Minta Maaf
Jangan kutuk isteri saya
Ketika ditemui OhBulan!, Yonnyboii menekankan dia manusia biasa yang mempunyai perasaan biarpun bergelar selebriti. Penyanyi berumur 24 tahun ini akui pernah terasa seperti gagal melindungi isteri daripada ‘mulut jahat’ netizen.
Saya tak suka orang kutuk isteri, kata macam-macam..saya pun terasa la. Itu yang buatkan saya bengang sangat dan muat naik status berkenaan di Instagram.
Saya dan isteri, manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuma, janganlah mengecam teruk sangat sebab kami pun ada hati dan perasaan.
Kata pemilik nama lengkap Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, biarpun isterinya nampak tenang namun dia tahu ada luka yang berbekas di hati.
Saya tak suka tengok isteri saya sedih. Walaupun dia (isteri) cakap okay tapi saya dapat rasakan dia sedih. Saya sebagai suami bertanggungjawab untuk buat isteri saya rasa selamat, gembira dengan hubungan ini dan rasa tidak terancam dengan orang lain.
Hati dah sejuk
Dalam pada itu, pelantun lagu Sakit sedar apa yang terpaksa dilalui isterinya berikutan kariernya sebagai selebriti. Enggan memendam perasaan, Yonnyboii memohon maaf kepada umum atas ketelanjuran kata di media sosial.
Kalau saya bukan artis, pasti isteri tidak dikecam teruk kerana tidak lagi bertudung. Jadi, inilah cabaran kerjaya saya yang perlu kami fahami bersama-sama dan cuba menghadapinya dengan baik.
Sekarang saya banyak memberi semangat kepada isteri untuk dia lebih kuat mengharungi cabaran kehidupan ini. Apapun, sekarang ini hati saya dah sejuk dan saya juga mohon maaf di atas semuanya.
Terdahulu, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram @yonnyboii