berita

‘Kalau Saya ‘Pergi’, Doakan Selamat Pergi & Sedekahkan Al-Fatihah’

October 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Datuk M Daud Kilau, berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu. Menerusi laporan Harian Metro, beliau sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan ekoran penyakit kencing manis yang dihidapinya. Di samping itu, beliau juga mengalami masalah pinggang, pendengaran dan jantung yang tidak stabil.

Mencari saham akhirat

Saya doakan semua peminat panjang umur dan murah rezeki, doakan juga Daud Kilau lekas baik. Kalau tak baik tidak apa, tapi kalau saya ‘pergi’, doakan selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah. Sejak sakit saya tidak dapat penuhi jemputan (persembahan), nak berjalan pun sudah tidak lalu sangat dan solat juga atas bangku. Saya bergantung dengan ubat dan tiga bulan sekali akan ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk pemeriksaan kesihatan. Saya kini banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat.

Menurut M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau, dia meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian sambil menggayakan baju labucinya. Beliau juga meluahkan rasa rindu terhadap para peminat. Tambah beliau, jika kesihatannya sudah beransur baik, setiap undangan bertemu para peminat bakal dipenuhi.

Ramai datang melawat

Hari ini saya rasa seperti penyakit sudah hilang separuh kerana ramai yang datang melawat dan membawa rezeki. Saya bersyukur dan tidak dapat membalas budi baik itu.

Sementara itu, M Daud Kilau turut memberitahu dia berasa semakin sihat kerana ramai pihak datang melawat dan menghulurkan bantuan. Jelas beliau lagi, kerajaan negeri serta beberapa pihak turut berkunjung ke rumahnya serta memberikan bantuan yang bersesuaian. Malah, bantuan untuk pemeriksaan lanjut dan ubat-ubatan bakal diberikan juga.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×