Penyanyi Fuad Rahman menjelaskan dia akan menanggalkan subang yang dipakai di kedua-dua belah telinganya apabila mahu menunaikan solat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Thank You Simpan Anak Abang’ – Fuad Rahman Teruja Nampak ‘Baby Bump’ Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Bertatu Belum Tentu Jahat..’ – Netizen Kagum Fuad Rahman Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran
Tanggalkan subang
Menurut Fuad, dia hanya memakai subang ketika berada di rumah sahaja, namun sekiranya mahu bersolat dan memenuhi undangan persembahan dia akan menanggalkannya.
Kalau solat saya tanggalkan la anting-anting (subang). Kalau buat persembahan pun saya akan buka. Dekat rumah sahaja saya pakai.
Fuad berkongsi mengenai perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang diajukan netizen sewaktu melakukan sesi siaran langsung di laman TikTok bersama isterinya, Tom baru-baru ini.
Selain bertindik di bahagian telinga, Fuad juga dilihat bertindik di bahagian kening.
Menurutnya lagi, jumlah subang yang digayakan ketika ini sudah pun dikurangkan jika dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu.
Sekarang okay lagi, kalau dulu lagi penuh saya tindik subang, dekat tengah-tengah hidung ada, kawasan dagu pun ada.
Sementara itu, Tom berkata netizen mungkin merasa terkejut disebabkan tidak pernah melihat suaminya memakai subang ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian sebelum ini.
Dia memang pakai anting-anting sebelum masuk GV (Gegar Vaganza) lagi, cumanya dalam pertandingan itu dia akan tanggalkan. Mungkin orang tak pernah tengok agaknya sebelum ini, sebab itu terkejut.
Sumber: TikTok