berita

‘Kalau Tak Tahu, Diam’ – Fynn Jamal Pula Ditegur Pakaian Anak Hambar & Serba Bertutup

December 21st, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini Farah Lee meluahkan rasa geram dengan segelintir yang mengecamnya gara-gara tidak memakaikan anak mengikut syariat Islam. Farah Lee melalui posting instagramnya menegaskan anaknya baru berusia 3 tahun, tidak selayaknya berpakaian seperti orang dewasa berusia 13 tahun. Namun, beliau menghormati cara didikan ibu-ibu lain, pasti mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anak masing-masing.

Artikel berkaitan : ‘Maream Ni 3 Tahun, Bukan 13’ – Penjelasan Farah Lee Apabila Dikecam Anak Pakai Tak Ikut Syariat

Terbaru, Fynn Jamal turut meluahkan pendapatnya mengenai isu ini. Dia pula ditegur kerana pakaian anaknya hambar, serba bertutup dan tidak berhias seperti puteri.

Selagi ada mulut, takkan habis

Kelmarin aku baca komen2 di ig seorang kawan; debat yang bermula dengan soalan kenapa anak tak diajar berpakaian syariah dari kecil. Anaknya belum 5 tahun pun. Sejenis kebetulan— pada hari yang sama, wujud komentar yang menjemput debat; tentang kenapa sakti dipakaikan hambar, serba bertutup dan tidak dihias2 selayaknya seorang puteri. Pulak. I think some people there should trade places with some here. hahaha.

This will never end. Selagi ada mulut. Takkan habis. Debat susu apa lagi bagus. ootd siapa lagi cantik. teknik mana lagi betul. stroller apa lagi power. Gile.

Tiada tuntutan anak belum baligh tutup aurat


Isu anak kecil perlu dipakai syariat itu aku rasa jelas hukumnya. tidak ada tuntutan utk anak yang belum baligh menutup auratnya. Jgn mempersulit agama Allah. Benda yg mmg dibagi kelonggaran— jangan pandai2 disempitkan. Tak salah kalau anak mau diajar sedari kecil— dgn harapan ia jadi kebiasaan. tapi jujurlah jawab bersaksi Allah — apakah benar itu formula paling menjadi? Berapa ramai little ustazah membesar jadi minah masalah? Aku lah antaranya. haha. Na’uzubillah.

Tak salah nak train anak2 dari kecil. Tak ada masalah. Yg jadi silap adalah bila anak2 yg dibagi kelonggaran oleh Allah dipaksa2 bagai yg dewasa. Di zaman rasulullah dahulu ada seseorang yg luka parah di kepala ketika perang. Pada satu malam, dia bermimpi basah lalu ditanyakan pada sahabat2 perlu atau tidak dia mandi wajib membasahkan kepalanya.

Sepakat menjawab ya. sebab utk agama— KENA betul2. Maka dituruti nasihat sahabat2. Dibasahkan sekali kepala ketika junub. Natijahnya; lelaki tadi ajal. Read on that story. Read on how rasulullah saw betul2 marah dengan manusia2 yg memberi nasihat salah. Jelas hadith tersebut dalam kitab adab al-mufrad. We should NOT give wrong advice. kalau tak tau, diam. lebih2 lagi jenis “kalau tak silap”.

Betapa kerasnya marah rasulullah saw, baginda ingatkan kalau nasihat2 yg dikaitkan dgn baginda sdgkan tidak ada kebenaran 100%— dibagikan utk dia tempat khas di dalam neraka. Fear Allah. Dgr ckp rasulullah. Berhati2 dlm menasihat. Berjaga2 dlm pilihan perkataan. Benda betul sekali pun, kalau tidak disampaikan dgn akhlak— tetap tidak betul. Okay? :)

sumber : Fynn Jamal

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×