berita

“Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Soal Perjuangan” – ANWAR The Untold Story Bakal Menggegarkan Pawagam, 18 Mei Ini.

May 17th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Akhirnya filem biopik ‘ANWAR, The Untold Story’ yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama, kini akan menemui korang semua di pawagam seluruh negara, 18 Mei ini!

Kalau korang nak tahu, filem arahan pengarah dari negara seberang, Viva Westi ni memulakan penggambarannya sejak Ogos 2011 dengan alur cerita dari latar masa dari tahun 1993 hingga September 1998.

Siapa yang mengikuti kisah perjuangan Perdana Menteri kita yang ke-10 ni, mesti dah tak sabar nak serbu panggung wayang kan? Jom kami kongsikan dengan lebih lanjut!

Dibawakan khas oleh Yusrych Global dan DMY, filem ANWAR, The Untold Story adalah idea asal Zunar yang berkisarkan tentang jatuh bangun perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia terutama melawan rasuah.

Umum mengetahui bahawa beliau dahulu pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1991 dan begitu tegas serta konsisten dalam menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu. Prinsip dan ketegasannya yang juga enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbillion ringgit akhirnya menyebabkan beliau difitnah hebat dengan konspirasi besar.

Lebih menyedihkan, dari seorang Menteri Kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, beliau dipecat dari jawatan tersebut dan akhirnya meringkuk di penjara, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Filem yang berdurasi 108 minit ini dibintangi oleh barisan pelakon gabungan dua negara iaitu Farid Kamil (Dato Seri Anwar Ibrahim), Acha Septriasa (Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail), Hasnul Rahmat (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan dibantu oleh Gisellma Firmansyah, Saskia Chadwick, Dewi Irawan dan ramai lagi.

Menurut Anwar yang hadir pada tayangan perdana filem ini pada 9 Mei yang lalu di Pavilion Kuala Lumpur, beliau sukar untuk mengulas kerana ada episod yang cuba dilupakan kerana sakit dan sedih apabila mengenangkan keperitan yang dilalui oleh dirinya, isteri, anak-anak serta rakan-rakan.

Beliau turut memuji filem yang diarahkan oleh pengarah Viva Westi sebagai bijak dan baik kerana bukan mudah untuk memuatkan kisah perjuangannya selama 23 tahun menjadi 90 minit.

SKIP THIS AD ×