berita

‘Kalau Telan Satu Lori Pun, Tak Ada Usaha Tak Jalan’ – Dr Rafidah Sangkal Keberkesanan Produk Minda

February 20th, 2018 | by Shafika
Make-It-Senang

Lambakan produk makanan tambahan semakin meningkat dalam bidang perniagaan di Malaysia. Pergilah kemana pun pasti akan jumpa kedai menjual supplement dan sudah pasti rata-rata penjual akan mendakwa produk tersebut adalah yang terbaik.

Produk-produk ini biasanya didakwa berfungsi sebagai agen pemutih kulit, anti-penuaan, membantu mencerdaskan badan dan ada juga yang didakwa berfungsi untuk meningkatkan tahap IQ seseorang.

‘Hentikan produk mengarut’

Rafidah Abdullah, seorang doktor pakar perunding perubatan dan nefrologi berkongsi pendapatnya berkaitan dengan produk minda yang banyak mempengaruhi masyarakat ketika ini.

‘Dr Amalina ada tiga ijazah, sedang berusaha untuk PhD dan bakal jadi pakar bedah’

Beliau menggunakan Dr Amalina sebagai contoh mereka yang berjaya dengan usaha sendiri. Produk minda yang didakwa boleh membantu meningkatkan IQ atau mampu mencerdaskan minda sebenarnya tidak wujud sama sekali. Apa-apa pun usaha mestilah setimpal dengan apa yang kita inginkan. Dr Amalina sendiri tidak mengambil apa-apa supplement atau produk pun sepanjang perjalanannya menuntut ilmu.

‘Kalau telan satu lori produk pun, tak ada usaha tak jalan’

Pengambilan produk yang tidak pasti keberkesanannya ini hanya akan menambahkan beban kepada organ sahaja. Namun, sekiranya ingin mengambil makanan sunnah boleh diteruskan tapi bukanlah yang telah diproses menjadi produk. Sejak kebelakangan ini, masyarakat sudah mula bijak untuk menilai kerana adanya golongan berpendidikan yang berani tampil untuk membanteras penjualan produk seperti ini. Kita sendiri pun perlu ambil tahu dan prihatin dengan perkara seperti ini bagi mengelakkan gangguan kesihatan bagi diri kita ataupun orang-orang terdekat.

Credit: Rafidah Abdullah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×