berita

‘Kalau Terjun Dari Tingkat 4, Mati Tak..’ – Sempat Tanya Pengunjung Hotel, Instafamous Indonesia Bunuh Diri

November 30th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang instafamous dari Indonesia telah disahkan meninggal dunia selepas melompat dari tingkat empat sebuah bangunan hotel di pulau peranginan. Lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa nekad bertindak sedemikian gara-gara putus cinta.

Lompat dari tingkat 4 hotel

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, mangsa yang dikenali dengan nama Ketut Ayu Wulantari telah membunuh diri di sebuah hotel di Jimbaran, Bali. Kejadian ngeri itu berlaku pada 28 November 2020 yang lalu.

Difahamkan, Ayu bersama seorang lelaki yang dipercayai adalah teman lelakinya, Febian telah check in di hotel tersebut pada 5 November 2020 yang lalu. Tetapi pada 20 November, Febian telah check out terlebih dahulu dan meninggalkan Ayu sendirian di hotel. Hal ini dipercayai berlaku kerana mereka sudah pun memutuskan hubungan. Oleh hal yang demikian, Ayu dipercayai nekad mengakhiri hidupnya.

Tindakan nekad Ayu

Sebelum mengakhiri hidupnya, Ayu yang berusia 23 tahun itu seakan sudah memberi hint iaitu dengan bertanya kepada salah seorang pengunjung hotel adakah dia akan mati sekiranya melompat dari bangunan hotel itu.

Jika saya terjun dari tingkat empat, rasanya mati tak?

Namun pengunjung itu menjawab jika belum ajal anda akan selamat tetapi kemungkinan akan mengalami kecacatan. Malah, pengunjung berkenaan sempat menasihati Ayu supaya jangan sesekali terfikir untuk bertindak sedemikian.

Tidak, saya tidak akan lompat. Saya hanya ambil angin di sini.

Posting di Instagram

Namun, tanpa disangka-sangka Ayu bertindak melompat dari tingkat empat hotel tersebut. Pengunjung terbabit terkejut apabila melihat Ayu sudah menuju ke lokasi kejadian bersedia untuk melompat. Pengunjung berkenaan sempat menjerit meminta Ayu untuk tidak melakukannya tetapi sayangnya, nasihat itu langsung tidak diendahkan.

Ekoran daripada itu, Ayu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia. Menurut sumber, Ayu juga sempat memuatnaik satu posting di Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Mati 1….?’.

Sumber: Tribun News, Insertive

SKIP THIS AD ×