berita

‘Kalaulah Jururawat Tak Melawat Hari Itu, Entah Apa Jadi Kepada Bayi’

January 15th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jururawat merupakan orang yang penting selepas doktor. Bukan itu sahaja, penat lelah jururawat di hospital dan klinik sering kali terlepas pandang oleh sesetengah masyarakat.

Menerusi Twitter Nimelesh, berkongsi satu kisah di mana seorang jururawat yang hadir ke sebuah rumah untuk membuah rawatan susulan pada seorang bayi yang baru berusia 14 hari. Namun keadaan bayi tersebut yang sangat kurus amat membimbangkan. Apabila dirujuk ke hospital, bayi tersebut disahkan menghidap penyakit yang merbahaya.

Bayi kurus sangat

Keadaan bayi tersebut yang sangat kurus amat membimbangkan. Selain itu bayi tersebut juga menghidap penyakit demam kuning. Nenek yang merupakan penjaga bayi itu memberitahu bahawa bayi tersebut muntah setiap kali selepas menyusu.

Hidap penyakit ‘biliary atresia’

Apabila bayi tersebut dirujuk ke hospital, pemeriksaan mendapati bayi tersebut menghidap penyakit yang melibatkan sistem hempedu yang boleh menyebabkan kegagalan hati. Bayi tersebut telah dirujuk kepada doktor bedah untuk menjalani proses pembedahan dengan serta merta.

Bersyukur jururawat datang ke rumah

Setelah menjalani pembedahan, bayi tersebut akhirnya sihat seperti sedia kala. Cuba bayangkan jika pada waktu tersebut jururawat tidak melawat bayi itu di rumahnya? Berkemungkinan besar penyakit yang dialaminya lambat dikesan.

Tolong beri kerjasama kepada jururawat

Sumber: Nimelesh

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×