

Seorang jururawat di Chicago, Amerika Syarikat memuat naik satu video di mana dia menggambarkan keadaan sukar yang melanda negara tersebut ekoran wabak Covid-19. Lebih menyedihkan, wanita yang bertugas sebagai jururawat itu terpaksa berhenti kerja kerana risau akan jangkitan yang berlaku.
Alatan perlindungan tidak mencukupi

Menerusi satu rakaman video, jururawat tersebut mendakwa pihak hospital tidak menyediakan peralatan perlindungan yang secukupnya buat petugas yang berkhidmat. Tambahnya, dia tidak dibekalkan topeng muka oleh pihak hospital dan dilarang untuk memakainya walaupun mempunyai topeng muka sendiri sewaktu ditugaskan merawat seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 di Unit Rawatan Rapi.
Di samping itu, jururawat tersebut mendakwa kesemua kakitangan hospital turut berhubung rapat antara satu sama lain tanpa sebarang alatan perlindungan diri. Meskipun, faham akan situasi semasa yang kekurangan peralatan, dia terpaksa melindungi diri dan keluarga daripada terkena jangkitan.
Keadaan tidak akan bertambah baik
https://www.instagram.com/p/B-YMwXChtt-/
Saya memilih diri saya dan keluarga. Sewaktu sampai ke ICU pagi ini, saya mempunyai perasaan di mana semua petugas akan dibekalkan topeng muka N95. Namun, tiada seorang pun di antara kami menerima topeng muka tersebut. Setiap bilik ICU mempunyai ante-rooms yang dipasang dan diperbuat daripada plastik dan pita besar. Kesemua jururawat akan menyimpan topeng muka mereka yang pernah digunakan di situ.
Melihat situasi tersebut, saya bertanya kepada pihak pengurus tentang pencemaran topeng muka serta soalan mengenai keselamatan diri. Pengurus memberitahu bahawa semua keselamatan kakitangan mereka adalah keutamaan mereka. Jika topeng muka tidak cukup, mereka bakal memakai topeng pembedahan pada masa hadapan meskipun topeng tersebut belum tentu melindungi mereka.
Jururawat tersebut turut memberitahu keadaan tidak akan bertambah baik sekiranya negaranya itu tidak dapat menguruskan pandemik Covid-19 ini dengan baik. Setakat hari ini, Amerika Syarikat telah mencatatkan kes sebanyak 244,646 dengan 6059 jumlah kematian.
Sumber: Imaris








