Setiap wanita yang mengandung, pasti akan melalui fasa mengidam di mana mereka teringin untuk menikmati sesuatu makanan. Ada makanan yang senang diperoleh dan ada pula yang mengidam pelik-pelik.
Menerusi Instagram chef media sosial Yatie Kitchen, dia berkongsi kisah seorang wanita mengandung yang mengidam lontong dimasaknya. Nasib baik sempat merasa sebelum bersalin!
Tak tahan mengidam kali ini
Menurut Yatie, wanita tersebut menyatakan hasrat untuk menikmati lontong selepas melihat gambar yang dimuat naik di media sosial. Tambahnya, sepanjang kehamilan wanita itu, tidak pernah mengidam apa-apa kecuali lontong. Tanpa berlengah, Yatie meminta wanita tersebut segera ke rumahnya untuk mengambil makanan tersebut.
Dapat juga baby merasa air tangan kak
Selepas beberapa bulan, Yatie menerima ucapan terima kasih beserta gambar seorang bayi comel yang berusia 6 bulan sebagai tanda terima kasih.
Sumber: Yatie Kitchen