Kira-kira awal bulan April yang lalu, pasangan sejoli ini menerima kecaman hebat daripada orang ramai apabila Mawar selaku pengusaha butik Fareeda, telah bertindak mengadakan satu sidang media rampasan produk tiruan tudung tersebut.
Bengang dengan kritikan yang tidak berhemah, Fizo Omar juga pernah menempelak segelintir peminat di laman sosial dan melabel bahawa komen yang diajukan adalah tidak beretika.
Artikel Berkaitan:
Bagaimanapun baru-baru ini, bagaikan sudah kalis dengan kecaman tersebut, Fizo dan isterinya meraikan pembukaan butik Fareeda di Kubang Kerian, Kelantan.
Orang ramai berpusu-pusu di hadapan butik Fareeda di Kelantan
Mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna setia jenama Fareeda, orang ramai dilihat berkumpul di hadapan butik untuk sama-sama meraikan pembukaan butik tersebut.
Malah lebih menarik lagi, gerai Hot Burger Malaysia ke-30 yang diusahakan oleh Fizo juga dibuka di hadapan butik isterinya itu.
Alhamdulillah… Hari pertama pembukaan @fareedascarf cawangan kota bharu di kubang kerian dan pembukaan stall @hotburgerklate cawangan yg ke 30 di klate dihadapan butik fareeda.Tahniah buat team FAREEDA @mawarfareeda_mf n #hotburger@hotburgermalaysia
Untuk makluman semua, pasangan ini juga berkesempatan untuk mengadakan satu majlis doa selamat dan solat hajat di butik tersebut sebelum pelancarannya kira-kira seminggu yang lalu.
Tahniah diucapkan buat Fizo dan Mawar! Semoga Butik Fareeda dan gerai Hot Burger Malaysia semakin maju di masa hadapan dan diharapkan agar mereka akan lebih tabah mengharungi pancaroba dalam dunia perniagaan selepas ini.
Kredit foto: Facebook Fizo Omar