Pelakon Kamal Adli memberitahu dia sanggup berulang alik daripada Sabah ke Kuala Lumpur demi menghantar isterinya, Uqasha Senrose untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.
Artikel berkaitan: Kamal Adli Nafi Ada Masalah ‘Call Time’, Sudah ‘Bersiap’ Datang Set Penggambaran – ‘Ini Rasanya Benda Lama’
Artikel berkaitan: ‘Dia Bangun Menyusu Awal Pagi’ – Kamal Adli Bangga Dengan Cara Uqasha Senrose Urus Anak
Ulang alik dari Sabah ke KL
Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, dia pada ketika itu sedang menjalani penggambaran filem Takluk: Lahad Datu di Sabah.
Pada masa sama, dia akui rasa serba salah kerana terpaksa meninggalkan Uqasha yang sedang sarat mengandungkan Hawra Uqaira pada ketika itu selama dua bulan.
Saya punya komitmen sebagai bakal bapa semasa di Sabah, kalau Uqasha ada pemeriksaan kesihatan, saya akan balik hari dari Sabah ke KL.
Contohnya saya akan gerak pukul 8 pagi dari sana sampai KL pukul 12 tengahari, buat pemeriksaan kesihatan kemudian saya balik semula ke Sabah pada pukul 3 petang.
Bila dah sampai lapangan terbang kena memandu lagi sejam nak pergi ke Semporna. Memang penat sangat.
Disebabkan itu, Kamal mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang penggambaran selama tiga bulan selepas isterinya melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Saya berehat selama tiga bulan sebab nak fokus kepada Hawra dan Uqasha.
Bulan pertama memang sangat sukar bagi saya sebab Hawra tidur lambat. Saya punya had sampai 4 pagi tapi dia pukul 7 pagi baru nak tidur.
Sekarang ini sudah masuk tiga bulan. Saya rasa seronok sangat sebab anak sudah mula kenal muka saya.
Filem Takluk: Lahad Datu diinspirasikan daripada insiden sebenar Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013 apabila pengganas Sulu menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.
Selain Kamal, filem terbitan Multimedia Entertainment dengan kerjasama Golden Screen Cinemas, Astro dan Sifxun Media itu juga turut dibintangi Syafiq Kyle, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Anding Indrawani dan Fad Anuar.
Takluk: Lahad Datu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Ogos sempena menyambut bulan kemerdekaan.