
Pelakon, Kamal Adli menitipkan ucapan penuh emosi buat anaknya, Hawra, sempena ulang tahun kelahiran kedua kanak-kanak itu.
Artikel Berkaitan: Genap 40 Tahun, Kamal Adli Terima Ratusan Ucapan Hari Lahir Daripada Netizen
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Kongsi Momen Bersama Hawra Uqaira, Netizen Tumpang Gembira – ‘Semoga Menjadi Co-Parenting Yang Baik’
Hari lahir Hawra
View on Threads
Dalam satu perkongsian yang menyentuh hati, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli memohon maaf kerana tidak dapat berada di sisi anaknya pada hari istimewa itu.
Hal ini kerana tuntutan mencari rezeki yang membawanya berada jauh dari keluarga.
Selamat ulang tahun yang kedua tahun sayang.
Maaf ayah tiada dekat sini (Kuala Lumpur) masa ulang tahun kelahiran Hawra. Cari rezeki jauh sikit Allah bagi.
Ayah love and miss you soo much. Maaf tahun ni lain sikit dari tahun lepas tapi ayah doa Hawra jadi anak solehah, bijak dan sihat.
Dalam masa sama, dia turut merakamkan penghargaan kepada bekas isterinya. Uqasha Senrose yang telah melahirkan dan menjaga anak mereka.
Terima kasih ibu lahirkan dan jaga Hawra. Allah saja dapat balas.
Komen netizen


Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya sebak membaca ucapan yang dititipkan untuk Hawra.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut menitipkan ucapan hari lahir kepada Hawra dan berharap kanak-kanak itu menghargai bapanya apabila dia menjelang remaja nanti.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

