berita

Kami Akan Bantu Ustazah Farhana, Letakkan Di Sekolah Sesuai – Exco Kedah

January 19th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Isnin lalu, seorang guru Sekolah Kebangsaan Genting Pulau Pinang dilaporkan hilang setelah tidak hadir ke sekolah pada pagi Selasa. Walaubagaimanapun beliau akhirnya selamat ditemui apabila muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Perak, pada Khamis.

Beliau yang dipercayai menghadapi masalah kemurungan kerana terpaksa berulang alik sejauh 200km setiap hari mendapat perhatian Exco Negeri Kedah.

Kami akan bantu – Exco Kedah

Dr Salmee Said

Menerusi laporan Astro Awani, Exco Pendidikan dan Sumber Manusia, Dr Salmee Said memberitahu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sedang menunggu laporan daripada JPN Pulau Pinang berhubung isu Ustazah Farhana.

Jika JPN Pulau Pinang melepaskan beliau untuk berpindah ke Kedah, kami akan bantu beliau (Nur Farhana) untuk diletakkan di mana-mana sekolah yang sesuai dengannya. Kami boleh mencadangkan minta JPN Pulau Pinang pertimbangkan kes guru ini ditukarkan ke negeri ini.

Memang kami ada terima banyak permohonan dan rayuan (guru-guru) untuk mohon tukar balik ke negeri ini tetapi sesetengah kekosongan yang ada tidak sesuai dengan guru yang memohon tersebut. Jadi ada yang terpaksa tangguh dulu kerana tidak dapat ditukar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kerjaya Dun Suka Menanti di Dewan Kelab Kilat TNB, Mergong hari ini.

Harap masalah dapat diselesaikan

Ustazah Farhana

Tambahnya lagi, pihaknya akan membantu meletakkan Ustazah di mana-mana sekolah yang bersesuaian.

Namun JPN terpaksa mempertimbangkan banyak perkara malah ada sesetengah kekosongan guru itu di sesebuah sekolah tidak menepati dan sesuai dengan mereka yang memohon.

Bagi kes guru pendidikan Islam itu pula, beliau berharap permohonan ustazah tersebut untuk ditukarkan dapat diluluskan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi guru berkenaan.

Dr Salmee turut menyatakan pihaknya menerima banyak permohonan berpindah disebabkan masalah keluarga dan tempat tinggal jauh.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×