berita

‘Kami Baru Sahaja Bernikah’- Mangsa Cedera Pasangan Suami Isteri, Baru Bernikah Semalam

March 5th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Awal pagi tadi sebatang pokok telah tumbang di Jalan Ampang, berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kejadian itu telah menyebabkan penunggang motorsikal dan pembonceng cedera. Menurut laporan Berita Harian, mangsa cedera merupakan pasangan suami isteru yang baru melangsungkan majlis pernikahan semalam.

Artikel berkaitan: [FOTO&VIDEO] Pokok Tumbang Di KLCC, 2 Mangsa Dihempap Cedera

Kejadian berlaku sangat pantas

Mangsa, Mira Ezva Abd Rasid, 25 tahun ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur berkata beliau dan suami, Norazrul Ahmad telah melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Cheras, malam tadi. Kata Mira, kejadian berlaku terlalu pantas dan pokok tumbang secara tiba-tiba.

Kejadian (kemalangan) berlaku begitu pantas. Pokok di hadapan kami secara tiba-tiba tumbang menyebabkan suami tidak sempat membrek dan terus melanggar pokok itu.

Saya bersyukur terselamat dalam kejadian, namun risau dengan keadaan suami yang masih belum sedarkan diri, malah lebih teruk kami baru saja bernikah.

Sumber: Twitter Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×