Pempengaruh dan usahawan, Jofliam mendakwa perceraiannya dengan bekas isteri, Cik Epal adalah secara lafaz taklik.
Artikel Berkaitan: Jofliam Kesal Tak Dapat Hubungi Anak-Anak, Mohon Cik Epal Balas WhatsApp – ‘Dah 2 Hari Hilang, Han Tak Pergi Sekolah’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Dedah Pernah Minta Maaf Tiap Hari & Cuba Perbaiki Hubungan Dengan Jofliam – ‘Tapi Duda Aku Cakap, Dah Terlambat’
Jofliam, Cik Epal cerai taklik?
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar menjelaskan bahawa perceraiannya dengan Cik Epal tidak membabitkan kehadiran orang ketiga seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.
Perceraian taklik berlaku disebabkan perangai bekas isteri saya. Sehingga kini, sijil atau dokumen perceraian taklik tidak diserahkan kepada saya, semua ada pada bekas isteri. Kenapa dia pegang dokumen tu sebab dia tak nak orang tahu perceraian kami adalah taklik.
Jelas Jofliam lagi, dakwaan yang mengatakan dia berlaku curang dan kejadian di Milan adalah cerita yang direka oleh Cik Epal semata-mata untuk menutup punca perceraian mereka.
Isu-isu Milan dan seterusnya adalah isu yang dikambing hitamkan oleh bekas isteri saya untuk menutupi punca perceraian taklik tersebut.
Cik Epal halang Jofliam hubungi anak-anak?
Tambah Jofliam lagi, selama ini dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu membuka aib bekas isterinya namun keadaan semakin menjadi-jadi sehingga dia akhirnya bersuara mengenai perceraian mereka.
Saya tak nak aib diteruskan cuma saya akan berlawan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak saya.
Keputusan hak penjagaan anak-anak akan menceritakan perkara sebenar. Bagi pihak sebelah sana, minta bersedia untuk pembelaan di mahkamah.
Sementara itu, Jofliam meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap bekas isterinya yang tidak membenarkan dia berhubung dengan kedua anak mereka iaitu Han dan Yuki.
Bergaduh dengan perempuan ni, benda paling terakhir sekali saya nak buat. Sebab perempuan play victim dan kita tak akan menang dengan perempuan.
Sumber: Instagram Jofliam