berita

‘Kami Berdua Akan Buat Satu Keputusan’ – Diana Danielle & Farid Kamil Bakal Umum Berita Penting Dalam Masa Terdekat?

September 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Diana Danielle Farid Kamil

Kemunculan pelakon Farid Kamil dan bekas isterinya, aktres Diana Danielle dalam satu temu bual semalam telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Rujuk Semula? – ‘Ia Satu Musibah Namun Satu Nikmat Juga’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Nak Fokus Menyanyi, Hanya Terima Tawaran Berlakon Setahun Sekali

Farid dan Diana juga seakan-akan memberi bayangan mereka kini dalam proses untuk berbaik dan rujuk semula.

Umum berita penting?

Diana Danielle Farid Kamil

Terbaharu, menerusi perkongsian di Budiey Chanel, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata mereka berdua bukan cuba untuk menyembunyikan sesuatu, sebaliknya mengambil langkah berhati-hati.

Malah, Diana berkata mereka berdua akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat.

Bukan untuk berselindung, kami berdua dalam keadaan yang mana kami mahu take it slow. Kami masih mencuba untuk mencari keserasian dan memperbaiki kekurangan masing-masing.

Kami berdua akan buat satu keputusan dalam masa terdekat, tapi nak bagi apa-apa update ketika ini saya akan biarkan Farid buat. Sebab dia lelaki.

Dalam masa sama, Diana berkata segala keputusan yang dilakukan sebelum adalah yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

Saya hanya buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Saya berpaksi kepada perkara itu sahaja. Apa yang orang nak tulis adalah kesan daripada keputusan yang kami buat.

Kalau kami tidak bersedia dengan kesan tersebut kami tidak akan buat keputusan itu (cerai). Untuk saya, saya sudah bersedia terhadap risiko yang akan berlaku.

Malah saya okay juga sekiranya ada manusia yang tidak bersetuju dengan saya.

Terdahulu, Farid menerusi Instagram Story (IG Story) memuat naik video memperlihatkan Diana sedang ditemu bual dan disertakan emoji lelaki sedang dilamun cinta dengan bentuk ‘love’.

Bagaimanapun, sehingga kini, mereka berdua masih belum mengesahkan spekulasi membabitkan perkara itu.

Imbas kembali, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×