berita

[VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Rujuk Semula? – ‘Ia Satu Musibah Namun Satu Nikmat Juga’

September 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

farid diana rujuk

Susulan hantaran yang dimuat naik Farid Kamil semalam, warganet mula membuat spekulasi pelakon dan pengarah ini bakal rujuk semula dengan bekas isteri, Diana Danielle.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Buat Hidung, Diana Danielle Pilih Kunci Mulut – ‘Saya Juga Ada Rasa Insecure’

Artikel Berkaitan: ‘Kita Boleh Rancang & Usaha, Ketetapan Tetap Pada Yang Punya Kuasa’ – Farid Kamil

Boleh bekerjasama

farid diana rujuk

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahri dilihat sedang merakam foto temu bual Diana bersama seorang wartawan.

Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu juga menyatakan bahawa dia hanya mampu melihat temu bual tersebut daripada luar berikutan kesihatan dirinya yang kurang baik.

Mampu tengok daripada luar sahaja, tak dapat nak temu bual. Suara tiada. Kasihan.

Farid juga meletakkan ‘emoji’ lelaki sedang dilamun cinta pada hantaran tersebut.

Pada hantaran yang lain, Farid turut berkongsi klip video pendek daripada temu bual berkenaan. Mereka kelihatan professional serta tidak kekok ketika duduk bersebelahan.

Walaupun ia satu musibah namun kalau dilihat ia merupakan satu nikmat juga.

Terdahulu, Farid dan Diana bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos secara atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

Pada 10 Mac lalu, aktres tersebut memfailkan permohonan cerai terhadap Farid dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Video

@ohbulanofficial

Muka DD last sekali tu… emm ??#ohbulan #fyp #news #dianadanielle #faridkamil

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Sumber: Instagram Farid Kamil

SKIP THIS AD ×