Sebelum ini, pelakon Intan Najuwa telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan iaitu Razrul Anwad Rusli pada 18 Ogos 2018. Namun, hubungan itu terputus pada Februari 2020 apabila masing-masing ingin membawa haluan sendiri.
Artikel berkaitan: ‘Kami Tak Pernah Gaduh’ – Intan Najuwa Mengaku Baik Dengan Bekas Tunang
Artikel berkaitan: Share Foto Sandar Di Bahu Lelaki Misteri, Intan Najuwa Dah Berbaik Dengan Bekas Tunang?
Tidak berakhir dengan itu, Intan Najuwa turut kelihatan seolah sudah berbaik dengan bekas tunangnya apabila tersebar foto dia bersandar pada bahu seorang lelaki di dalam sebuah kereta. Kini, turut menjadi persoalan netizen apabila pelakon itu sudah tidak kelihatan berkongsi foto bersama jejaka berusia 40 tahun itu. Adakah benar hubungan mereka sudah berakhir?
Mana tunang you?
Intan menerusi satu status di IG Story mengesahkan bahawa dia bukan lagi tunang kepada ahli perniagaan tersebut. Kenyataan tersebut dijawabnya apabila netizen mengajukan soalan dalam ‘Ask Me Question’ yang dibuat pelakon itu. Ini kerana netizen sudah lama tidak nampak mana-mana foto atau video yang dikongsikan Intan bersama Razrul.
Susulan itu, Intan Najuwa mendedahkan dia dan bekas tunangnya sudah bahagia dalam menjalani kehidupan masing-masing. Dia turut mengharapkan netizen tidak lagi bertanyakan soalan berkaitan hubungannya dengan Razrul itu.
Sumber: Intan Najuwa