berita

‘Kami Berdua Pula Yang Rasa Kejutan’ – Fazura Terharu Tengku Permaisuri Selangor Jemput Ke Majlis Peribadi

June 14th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Fazura meluahkan rasa teruja apabila diundang menghadiri majlis ulang tahun kelahiran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dalam sebuah majlis peribadi bertemakan Bollywood.

Artikel berkaitan: Anak Fazura Terima Hadiah Rantai Berlian Sempena Harijadi Daripada Tengku Permaisuri Selangor – ‘Awak Layak Terima Cinta & Kebahagiaan Di Dunia Ini’

Artikel berkaitan: Fazura Berbesar Hati Tengku Permaisuri Selangor Pakai Tudung Harga RM27, Peminat Mula Cari Nak Buat Koleksi – ‘Terus Nampak Eksklusif & Mahal’

Kami berdua yang mengalami kejutan

Faz dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis ialah Bollywood, tema yang sangat meriah.

Menurut Fazura, dia dan suami adalah antara hadiah kejutan kepada Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Tambahnya, Tengku sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran mereka. Pelakon ‘Gol & Gincu’ ini juga memberitahu dia membawa pelbagai kenangan manis selepas pulang dari majlis tersebut.

Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri. Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian “Happy Birthday”, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua.

Jelas Fazura lagi, Tuanku berdua merupakan pasangan yang sangat romantik dan merendah diri. Di akhir posting, Fazura meninggalkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Tengku Permaisuri dan mendoakan agar Tengku gembira dan bahagia selalu.

Hubungan sangat rapat

Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menghadiahkan seutas rantai berlian buat anak sulung Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya. Bukan itu sahaja, Fatima turut menerima sekeping kad yang tertulis ucapan istimewa sempena hari kelahirannya.

Sumber: Fazura

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×