mam
Desas-desus mengenai rumah tangga pelakon, Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob akhirnya menemui titik noktah apabila aktres itu mengumumkan untuk berpisah selepas hampir 7 tahun berkahwin.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid ‘Diam Seribu Bahasa’, Tak Jawab Soalan Dakwaan Bakal Cerai
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid & Raf Yaakob Didakwa Bakal Bercerai, Fazley Pilih Kunci Mulut
Mawar Rashid, suami berpisah
Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, mereka berpisah kerana tiada persefahaman dalam rumah tangga yang dibina.
Ujarnya lagi, keputusan itu dibuat atas persetujuan kedua-dua pihak. Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, tetapi hubungan mereka masih dalam keadaan baik
Fokus utama kami sekarang adalah untuk menyediakan sokongan dan kasih sayang buat anak-anak.
Dalam kesempatan itu, Mawar berharap agar tiada piak yang menyebarkan apa-apa spekulasi atau fitnah terhadap mereka. Mawar akui meskipun berita ini agak berat untuk diterima tetapi itu adalah keputusan terbaik yang boleh dilakukannya bersama Raf.
Terima kasih kerana sentiasa sokong kami dan beri kata-kata yang baik-baik. Itu semua sangat bermakna bagi kami.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Pilih untuk berpisah
Sumber: Mawar Rashid